Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

14 March 2012

Seems True, Pantun FB


Jom layan pantun sikit.


Dua minit sekali keluar post dia, 
Sampai nak ke jamban pun nak dicerita,
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca.

Ada pulak yang marah tak kena masa,
Line internet problem pun nak dimarahnya,
Keluarlah ayat macam tiada agama,
Tapi sesekali judge a book by its cover ya.

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna.

Yang lain asyik duk like saja,
Tak kira post, tak kira siapa tuannya,
Ada kala tak baca pun isi ceritanya,
Yang penting like dia mesti ada.

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam dah confirm itu laki dia,
Mula la ayat keluar manis dari gula,
Kita tengok lagi sehari dia kecewa ke gembira.

Ada yang tulis suka dan duka,
Kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu, sangkut sorang dua.

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik, ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya la selera. ( iman )

No comments:

Post a Comment