Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

7 March 2012

Puding de Coco




Bahan-bahan ( 18cm )

- 150ml santan kotak/tin
- 120ml susu pekat manis
- 300ml susu segar
- 25g gula
- 2 biji telur
- 1 penutup esen vanilla

Karamel

- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar air


Cara-cara :

1. Sediakan karamel dan panaskan air dengan gula sehingga menjadi warna perang. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.

2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sekejap tapi jangan bagi berbuih. Anda tak perlu pukul.

3. Kemudian, masukkan santan, susu pekat, susu segar, gula dan esen vanilla ke dalam step ke dua tadi. Dan kacau sehingga sebati.

4. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang ada karamel tadi.


5. Letakkan loyang tadi ke dalam oven plate. Masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. Bakar dengan suhu 200 degree selama 40-45 minit. Boleh juga dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.

6. Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


Selamat mencuba !
Do leave your comment okay (:

No comments:

Post a Comment