Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

30 April 2013

Musibah PRU 13

Ambang PRU 13 semakin menghampiri. Warga Malaysia yang telah layak mengundi telah bersiap siaga untuk pulang ke kampung lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Namun, di kesibukan dan keseronokan pulang ke kampung, sering terjadi musibah-musibah terutamanya KEMALANGAN JALAN RAYA.

Berita terbaru, bertarikh hari ini 30 Mei 2013 di mana sebuah kemalangan telah berlaku di Wakaf Tapai, Terengganu, yang melibatkan seorang pegawai polis, Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Urusetia Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman, yang akan bertugas sewaktu PRU 13 nanti.

Beliau bersama isteri dan anak-anaknya bertolak pulang ke kampung halaman telah terlibat dalam kemalangan pada jam 3pagi tadi. Dan kemalangan tersebut telah mengakibatkan beliau mengalami patah kaki kanan, dan lebih memilukan isteri dan dua orang anaknya maut dalam kemalangan itu. Dua lagi anaknya berumur 12tahun dan bayi hanya cedera ringan. Mereka ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Merujuk kepada berita TV1 sebentar tadi, ibu kepada Supt. Haji Ghazali mengatakan bahawa beliau tidak memberitahu kepadanya ingin pulang ke kampung, tidak seperti biasa di mana beliau akan menelefonnya untuk memberitahu perkhabaran itu.

Di bawah ni ada beberapa kepilan gambar siang tadi, di mana Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim yang sempat meluangkan masa melawat beliau. Hadir sama dalam lawatan tersebut, YDH Dato; Haji Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu dan YDH Dato' Hamzah bin Md. Jamil, Timbalan Ketua Polis Terengganu bersama Y.Bahagia Datin Azaha binti Mohd Amin. 













Saya sebagai rakyat Terengganu bersimpati dan takziah kepada keluarga Supt. Haji Ghazali dan semoga Tuan dan anak-anak cepat sembuh. Semoga ALLAH merahmati roh isteri dan anak-anak Tuan.

Al-fatihah.



Gambar oleh : PDRM Terengganu

29 April 2013

Timbang Berat Blog

Memandangkan ramai yang dah tahu dan jugak for newbies yang tak tahu lagi dan tak pernah tahu lagi, sebenar-benarnya bukan kapas / gula / gandum sahaja yang boleh ditimbang, blog / website kita pun boleh timbang tau !



Ni contoh berat blog Anis. Kecik je tuh. Boleh tambah-tambah lagi :3 Berat blog korang pulak macam mana ? Boleh check kat SINI. Ikut step kat bawah ye ;)


Nampak ? Nanti dia keluar la macam gambar yang first tadi Anis tunjuk. Sharing is caring :D Selamat menimbang berat :3 Jangan obese udah ler hahaha

Produk untuk Muka ?

Sekarang ni banyak betul iklan-iklan untuk penjagaan kulit muka. Yang murah ada, mahal ada. Berkesan ke tak tu belakang kira. Duta-duta produk pulak, cun melecun ! Meneleh air liur ! Perghh !

Sememangnya setiap orang mempunyai kulit yang berbeza jenis. Ada yang berminyak, ada yang berjerawat, ada yang sensetif, ada yang kulit kering, dan ada jugak yang takde masalah langsung ! Memang terbaik dan untung sangat-sangat lah orang macam ni.

Tapi, Anis cadangkan produk Safi Balqis Perfect 10. Anis dah guna tak sampai setahun, tapi alhamdulillah kulit makin putih. Tapi jerawat-jerawat tu tak hilang cepat. Tapi sape-sape yang takde masalah kulit tu tapi nak putih, Anis prefer Safi Balqis lah.

Set Safi Balqis Perfect 10 ni dengan Formulasi Nano Bio White & Q10 bukan setakat nak cerah kulit tapi boleh buat kulit kita jadi halus, mulus and cerah sempurna sebab dia ada 10 Perfect Action.


  1. Memudarkan pigmentasi
  2. Menyamaratakan tona kulit
  3. Melindungi dari sinar UV
  4. Mencerahkan kulit
  5. Melindungi dari radikal bebas
  6. Meningkatkan ke-elastikkan kulit
  7. Menghidratikan kulit
  8. Mengekalkan kelembapan
  9. Menghaluskan kulit
  10. Melembutkan kulit
Tapi memang betul lah, kulit muka Anis pun jadi halus+lembut. Macam Anis kan pakai tudung, so ada perbezaan tona kulit. Tapi adanya Safi Balqis ni semua jadi perfect dah. Tapi kan ( banyaknya TAPI...! ) dia kena guna berterusan baru puas hati, kalau seminggu pakai produk tu seminggu produk lain, memang hancur la muka ni. Kena bagi masa untuk kulit kita menyesuaikan diri XD

Sekarang ni Safi Balqis dah ada produk baru. Tapi antara produk yang Anis gunalah tinguk bawah ni :


Ni Pencuci Muka untuk Oil Control.

This is Scrub Apricot. Suka pakai sebab lepas pakai je kan, kulit rasa GEBUGEBU <3


This is the Toner. Bau dia wangi :3

This is Moisturizer Siang. Tapi Anis tak pakai. Moisturizer ni ada Siang and Malam, tapi kalau yang malam cap kat atas tu warna biru tua. Kot, nanti check balek :D

Anis guna yang bawah ni untuk Moisturizer.

 Yang ni nama penuh dia Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15. Yang ni memang muka tak berminyak la lepas tu. Cepat serap (Y)

Dan Anis jugak guna :

BB Cream SPF30PA++ dengan Vitamin E. Tapi Anis tak guna sangat benda alah ni. Jadi muka macam berminyak.

Sebenarnya banyak lagi produk-produk Safi Balqis ni, yang benda-benda alah macam kat atas ni banyak lagi, yang lain-lain tu talkum, deodorant, dan jugak losyen. Kalau Safi Balqis je lah. Kalau Safi je banyak, contoh macam ubat gigi, syampu, pewangi, etc.

Nak tau lebih lanjut, jum check page SAFI. Produk under Safi macam Safi Rania Gold tapi produk ni sesuai untuk orang-orang 30 and above kot.

That's all. Thanks for reading !

Berubah Wajah

Dia boleh bertukar wajah, boleh berubah suara, ini bukan cerita hantu, puntianak malam.
siang hari pun dia ada, malam hari boleh membuta. Jaga-jaga minyak petrol boleh ditelannya.

Ingat tak lagu apa ? Hihihi Meh tengok kat SINI. Haa, cerita ni la. Tak silap zaman sekolah lagi. Jangan takut nak bukak, nanti dia automatik new tab. Kisah ni takkan hilang disini sahaje :D

Semalam 28hb April 2013, dari pagi aku bangun tidur, sampai la ke Asar aku duk usha tutorial tu tutorial nih, tapi aku still tak puas hati sebab apa yang aku nak takde ! and tak menjadi ! Ahhhh !


Besar punya aku letak menandakan bahawa aku tersangat geram !

Petang tu pulak pergi rumah Che Long aka Makcik aku. Hantar baju Bonda nak tempah untuk Hari Guru nanti. Untung ler asyik baju baru je :3 Otw ke rumah Che Long tu kan, Bonda ada berhenti tepi jalan, beli makanan nak bawak pi sana. Aku pun letak sekali Rojak Ayam ngan Pulut Kuning. Adik aku bantai Bihun Tomyam. Aku teringin tapi nak Bonda buat lagi best boleh tambah banyak-banyak. Miahaha. Abah pulak bantai ayam berapa ketul ntah. Nampak tak tahap kebuluran kitorang.

Rojak Ayam tu tau kitorang err ehem maksud aku adik aku and aku ler, makan macam mana ? Bukak ikatan kat plastik-plastik tu dan curah je kuah kacang tu dlm plastik tu. Makan without sudu, bayangkan.


Begini lah kot rupanya. Err , anak siapa ni ya, pinjam kat Pak Cik Google :3

Err, korang marah ke ? Actually ni link yang sebetulnya untuk lagu mula-mula tadi tuh. Hihihi. Klik SINI. Kali ni tak main-main dah. Serious ni.


Haa nampak tak ke-serious-an dia. Memandangkan aku sakit perut, apa kata kita layan gambar-gambar kat bawah sat. Enjoy !



aww ! tomei tomei tomei !


Waa.. tengok mata dia ! Macam kita kena pukau. Dah stop sampai sini jangan scroll lagi dah. Sakit perut ni...




Anda punya mana satu ? Hihihihi





26 April 2013

My Daily Life During Semester Holidays

Dah hampir dua minggu cuti semester berlalu. Selama dua minggu ini aku hanya melakukan perkara yang sama setiap hari almost 24hours.

Ahad hingga Khamis, parents kerja, adik pula ke sekolah. Tinggal aku sendiri. Seorang diri dalam rumah yang boleh dikatakan besar. Rasa seperti berada dalam gua. Hidupku boleh gila tanpa internet. Internet segala-galanya. Movies di internet lebih memuaskan berbanding di kaca TV. Bangun sahaja pagi kebiasaannya jam 9.30 am, ( anak dara bangun lewat oii , tak laku nanti ) terus aku on laptop yang sentiasa di sisi. Biasanya Bonda akan message yang menyenaraikan tugas-tugas untuk dibuat dan mesti dibereskan sebelum pulang dari tempat kerja.

Jam 10am, aku keluarkan ikan, ayam, sotong, daging, kelapa, udang, santan yang ada kat freezer. Then sambung balik mengadap kejadah ni. BerYM, berFB, berTAGGED, berGAMES, berCHATTING, berTWITTER, berSMS, berBLOG, berYOUTUBE, berSKYPE, berMOVIES and what so ever BER lagi.

Jam 12, aku start masuk dapur dan bawak lappy sekali masuk dapur. Pasang lagu dan terus ke sinki. Cuci pinggan, mangkuk, gelas, sudu, cawan, garfu, straw, chopsticks, mug, piring, senduk, kuali, pan, periuk yang berminyak melekit-lekit, dan masih bersisa sangat menggelikan. Susun pinggan-pinggan yang dah kering di rak pinggan. Masuk ke dapur Bonda. Khas dapur Bonda sememangnya beliau memang suka sangat memasak dan aku memang suka sangat makan. :3

Basuh periuk nasi yang direndam, basuh cuci-cuci. Rujuk henpon, berapa banyak nak kena masak nasik nih. Maximum 2 cawan tapi kalau lauk tak banyak Bonda suruh dalam 1 cawan je. Basuh beras. Simpan air beras tu, buat bersihkan ikan nanti, biar ikan tak hanyir then siram air tu dalam pasu nanti. Pokok jadi subur ;) Petua nie. TAKE NOTE !

Siap basuh beras, letakkan atas dapur, dan sambung duduk kat meja makan sambil mengadap kejadah ni lagi. Reply chat, message, comment and what so ever. Opps ! Nasik dah kering, boleh teruskan ke rice cooker. Kadang-kadang sampai hampir hangit pun ada. Hehehe.. Tapi kan ! Dulu ada kawan aku pernah datang rumah lepak-lepak. Then, dia tanya aku, kenapa aku tak letakkan terus dalam rice cooker ? Aku pun tak tau, sebab Bonda aku buat macam tu, aku ikut je la.

Then dah siap semuanya, tiba-tiba ada bunyi asing.. Brr, Grr, macam-macam.. Ku cari-cari di mana datangnya bunyi.. Ohh ! Perut lapar, tak breakfast lagi. Its okay lah tunggu Bonda balik mesti ada makanan.

Paling awal, Bonda akan balik jam 1.30pm. Paling lewat 3.30pm. Kebiasaannya 2.30pm. Bonda balik, suruh beli makanan kat Mok Teh. Mok Teh ni jiran aku, bukannya saudara terdekat kami. Rumah dia selang sebuah je dari rumah aku. Eh bukan rumah aku, rumah family aku. Dia jual laksa Kelantan, laksa Terengganu dan jugak laksa Penang. Sometimes ada laksam. Ada mi goreng berminyak plusplus, ada ABC, ada pisang goreng, jejemput pisang, keropok goreng, junk food, air nenas, air berkarbonat, air jagung, air sirap bandung, etc. Pendek kata, kebanyakkannya dia buat sendiri and makanan dia sedap-sedap dan murah SUPERgila !

" Mok Teh, laksa putih 3, amboh(taknak) camboh (tauge) se(1), amboh belacan se, se lagi macam biase. Laksa penang se. Letok camboh la. Pahtu (Then,) nok ABC 2, " lapar lorh..

Makan-makan-makan. Mandi, solat. Then sambung mengadap benda ni lagi. Bertuah punya budak. Then sampai la ke pagi-pagi buta aku duk mengadap. 3,4 hari ni aku tidur pukul 5am. Kadang-kadang lepas solat Subuh baru la nak tidur. My boring daily life. That's all. Jangan contohi aku. Aku bukan yang terbaik untukmu. Eh jiwang. :3

# English movies online ? Just ask me.
# English movies download ? Ask me.
# Malay movies download ? Ask me.
# Game best untuk di download ? Ask me.
# Games online ? Ask me.

KalaU Tak Suka , PULANGKAN !





Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

sumber dihantar oleh seseorang.

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW

                                


Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

                              

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".

Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".

Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.



[ akakdisebalikpintu.blogspot.com ]

Kekasih Gelap ?


Ku mencintaimu, lebih dari apapun 

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu 
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku 
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...


Alamak, kekasih gelap ? 

Kekasih gelap bermaksud mempunyai kekasih tanpa diketahui orang lain, mahupun kekasih yang telah sedia ada ! Kejamnya mempermainkan perasan kekasih yang telah sedia ada !


Anis banyak pengalaman mengenai kekasih gelap dan Anis sendiri pernah terlibat dan tergolong dalam memiliki kekasih gelap dan menjadi kekasih gelap orang. Di zaman persekolahan, Anis mula mengenal erti cinta monyet. 


Anis mula bercinta dengan seorang jejaka, namanya N. N tua setahun daripada Anis dan kami satu sekolah sering bertemu dan terserempak membuatkan kami bertukar nombor telefon. Masa tu Anis form 2 dan dia form 3. Hampir setahun kami bercinta, then Anis baru tahu yang N mempunyai kekasih lain, juga satu sekolah dan sama umur dengan Anis. Masa tu Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya hati. Dan bermula daripada itu, Anis mula sosial. Berkenalan dengan Jejaka A, terus couple. Dan berterusan sehingga Anis mempunya berbelas teman lelaki. Masa tu, top up tak perlulah ditanya berapa banyak yang habis, mujurlah ada beberapa di antara mereka yang support top up Anis.


Dan, PMR semakin menghampiri, parents mengambil tindakan bijak dengan merampas henfon Anis masa tu. Mula-mula tu Anis rasa Anis dah gila without henfon, sampai termimpi-mimpi henfon Anis takde. Dan kenakalan dan kesosialan Anis waktu tu memberi effect kepada result PMR yang terlalu teruk berbanding adik beradik Anis. 


Masuk je Form 5, Anis berkenalan dengan seorang lagi jejaka, namanya J. Kami bercinta hampir setahun. Dia terlalu baik. Sangat memahami. Suatu hari, J berterus terang bahawa dia sebenarnya tempang kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Kakinya terpaksa dimasukkan besi. Sewaktu itu, Anis mula berbelah bahagi untuk terus bersamanya ataupun tidak. Anis  tidak sampai hati untuk melukakannya, kerana cintanya terlalu tulus, dia terlalu setia. 20 November 2012 dia akan operation. Untuk menyambung kembali sarafnya yang telah putus untuk membolehkan J berjalan seperti orang normal. Tapi sebelum J memberitahu dia akan menjalani operation, Anis berhubungan sulit dengan seorang jejaka, namanya K. K ni mempunyai satu persatuan dan Anis tak boleh menghebahkannya kerana boleh mengancam keselamatan Anis. Mempunyai pangkat tinggi dalam persatuan tu. Dia baik, dia tanggung top up Anis. Dan dia selalu call Anis. K terlalu mengambil berat, dan pandai ambil hati. Anis senang dengan K. Tapi kami putus sebelum Anis putus dengan J. Masa tu Anis baru je habis SPM. Masa tu Anis perasan, K dah tak call lagi dah, tak mesej. Sangat pelik dan aneh. Then dia pun bagitahu yang dia sayangkan Anis sangat-sangat, tapi his mum dah pun tunangkan dia dengan sorang girl ni. Dia terpaksa sebab dia anak bongsu yang belum lagi kahwin. And Anis tak tau nak kata apa, hancur hati bila orang yang kita sayang, terpaksa kahwin dengan orang lain. Then, Anis clash dengan J, Anis yang mintak. Kejamnya Anis. Sangat. Kadang-kadang rasa bersalah sebab Anis clash sehari sebelum dia operate. On 26 Disember 2012 our first Anniversary. Masa tu Anis tak tau kenapa Anis rasa benci sangat tarikh tu. Lepas je dia operation, dia ada call Anis. Dia marah Anis, dia ugut Anis, nak cari Anis one day. Masa tu Anis cakap kat dia carilah saya tak takut padahal dalam hati Tuhan je tau. Tapi Anis tak takut sangat sebab abang angkat Anis selalu protect Anis. 


Mengakhiri Disember 2012, Anis berkenalan dengan seorang Jejaka, namanya S. Which is BF Anis sekarang. Dan tak sampai beberapa minggu, kitorang gaduh. Masa tu Anis kritikal, ponteng kuliah, bad mood, migrain and what so ever. Teruk jugak masa tu. Tak silap hampir 2 minggu kami gaduh tak message, tak call. Then, on 26 Januari 2013, kami sahkan tarikh tu sebagai pasangan kekasih.


Anis bukan lagi Playgirl yang pernah mempermainkan perasaan berbelas dan mungkin berpuluh orang jejaka yang disebut dan juga tidak disebut dalam kisah ini.


Jadi di sini, sebenarnya Anis ingin menyatakan bahawa setiap perhubungan yang berteraskan kepercayaan dan kesetiaan lebih indah berbanding hidup dalam penipuan dengan adanya KEKASIH GELAP.


Dear Mr S, saya minta maaf seandainya awak membaca entri ni, dan inilah saya suatu ketika dahulu. Berapa ramai pun kawan lelaki, awak tetap MY ONLY ONE . Sayang awak, Cuk !




Biarkan Ia Berlalu

Berjumpa lagi kita setelah err jap-jap .. CUT ! ( Ni bulan April. Last update Februari. Februari ke Mac, sebulan. Mac ke April, dua bulan ) Haa ! .. ( sambung balik ) setelah dua bulan Anis menghilangkan diri. Menghilangkan diri bukan bermakna sudah melupakan, aduh bermadah pujangga pulak di sini ye. Anis bukan bersuka hati bersenang lenang menghilangkan diri sebegitu sahaja. Tapi, Anis baru je menghabiskan semester 2 di UiTMKT. Sekarang ni tengah menikmati cuti semester selama dua bulan rasanya. Plus minus cenggitu ler.

Rujuk kepada post yang lepas, Anis ada bagitau yang Anis join aktivit yang dianjurkan dalam KC4U tu kan ? Memang ada dua aktiviti yang Anis nak join sangat-sangat and Anis rasa boleh menang, ( yakin pada diri ! Oyeah ! ) tetapi Anis hanya mampu menyiapkan satu je, which is the Doodle. Ni yang Anis telah lukis pabila merujuk kepada gambar-gambar yang telah Anis mintak izin daripada Pak Cik Google untuk men-download gambar-gambar tu. Dan terhasillah sebuah karya hasil nukilan Anis Azman yang comel ini. (Klik nama tu untuk ke account Twitter. )


Buat benda ni sampai bersengkang kera, eh silap pulak. ...bersengkang mata, tak tidur malam sanggup mengorbankan jiwa dan raga hati dan nurani untuk siapkan benda nih. Paling challenging time nk lukis kecik-kecik tu. Kalau readers perasan, sebenarnya benda ni tak jadi pun. Tapi alhamdulillah dapat jugak siapkan. Dan berbaloi la Anis buat benda ni sampai tak tidur malam, sebab ....


ni la hadiahnya.

Kabur la pulak. Gambar dari henpon, biasalah henpon murah. Tapi nampak tak gold medal ngan nombor 1 tuh ? Hehehe ( bukan nak bangga nak riak je c(: )

Dan disebabkan tidur yang tidak mencukupi, maka Kad Gergasi tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang diberikan. Nasib la badan. Sob-sob-sob ...

Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1:43 am waktu Malaysia, Anis ingin meng-publish dahulu dan menyambung main game. Ehh, sape cakap nak off, cuti-cuti kena luangkan masa sebaik-baiknya ! Daaa