Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

22 March 2012

Di Pagi Istimewa


Tarikh keramat 21 Mac 2011 merupakan hari yang amat mendebarkan kepada kami, iaitu calon-calon SPM 2011. Comot dengan best friend Comot, Ain, dah janji, Comot pergi dengan dia kat sekolah untuk ambil result nanti. Siap message, call, chat lagi.

Pagi tu, bangun macam biasa pukul 6. Pergi solat Subuh, berdoa banyak-banyak. Solat hajat. Mintak dipermudahkan segala urusan untuk hari ni. Mintak dikuatkan semangat.

Jam 07:30 dah online, tapi hari Ahad sampai Khamis memang time-time macam tu la online. Lepas tu message Ain suruh online, bimbang bil melambung naik. Sambil-sambil chat dengan Ain, sambil baca status kawan-kawan yang nak ambil result, sambil iron baju kurung and tudung. Lepas tu, pergi cuci pinggan dalam sinki, kuali, semua la sebab Bonda buat sarapan pagi tu. Mi goreng campur sotong . Lepas tu makan la 2,3 sudu. Lepas tu pergi mandi, then siap-siap. Tudung pulak buat hal taknak kemas. Ain dah message dia dah on the way. Alamak ! Ah ! Tak cantik pun takpe lah, bukan naik pentas pun. Kan ?

Err .. abaikan peluh di dahi .
Tunggu Ain sampai, then off computer, kunci pintu, pakai selipar jepun atau Cikgu Zaryati kata selipar jamban, and pergi la kat sekolah dengan abang Ain. Abang Ain just hantar kami je. Bonda tak dapat keluar sebab dia ada kelas straight sampai pukul 12. Ayahanda pulak ada meeting. So, diorang cadang suruh pergi lepas balik sekolah, means dalam pukul 1 sebab kakak-kakak Comot dulu pun ambil lewat. Disebabkan dah janji dengan kawan kan, so kena pergi awal jugak la. 

Sampai je kat depan sekolah, fuhh gila ! Dah ramai orang kat bus stop tu . Masa tu tak sampai jam 10:30 lagi. Takpelah, buat derk je. Masuk, pergi hantar buku yang pinjam time form 5 dulu. Mula-mula pergi kat bilik guru Sains Maths, nasib baik Teacher Kalima ( teacher Sains Tambahan ) takde, tapi Teacher Shwiah ada. Dia tanya result, so cakap la tak ambil lagi. Pastu berbalas-balas senyuman. Dia memang cantik ! Then pergi pulak kat bilik guru utama. Blok lain-lain. Letih jalan-jalan tau. Sebab biasa duk lepak dalam rumah je, mana nak jalan jauh-jauh. Melintasi bilik Ketua Bidang, ada Cikgu Kamaruddin ( Cikgu Sains ) depan kitorang. Dia sengih-sengih, kami berdebar. Taknak tanya apa-apa. Sampai bilik guru, Teacher Alita ( Teacher Prinsip Akaun ) takde, letak buku and nampak Teacher Rohaida. Pergi la salam dulu, then borak-borak kejap. Lepas tu ex-student kelas dia datang jumpa dia. Yang sorang tu, Hanis, kawan Comot jugak, dia dah tau result dia sebab ada cikgu yang bagitau. Comot dengan Ain yang dengar ni, agak berdebar terus mintak izin dengan teacher cakap nak jumpa kawan.

 Lepas tu, keluar je dari bilik guru, terserempak dengan Teacher Alita. Dia senyum melebar ! Muka happy gila ! Lagipun dia cantik, lagi bertambah cantik ! Dia gelak-gelak, dia cakap ramai kelas kitorang dapat A paper account. Then dia cakap Ain dapat A. Ain kiranya bolehlah paper akaun nie, Comot tak minat akaun. So redha je lah dapat apa kan ? Memang Comot tak target dapat A pun. Target lulus je, sebab exam biasa pun FAILED ! Lepas tu teacher cari nama Comot, dia cakap " Anis pun dapat A ! " .  Comot punya la terkejut rasa nak melompat kat situ je . Then terus amik handphone, call Bonda. Bonda cakap alhamdulillah, nanti dah tau result call lah dia. Comot cakap okay. Ain pun call Mama dia. Mama dia ada kat KL, nenek saudara dia sakit. Sangat excited la kitorang masa tu. Comot cakap dalam hati, 'alah baru 1A, mungkin aku dapat 2,3 je kut ? hmm ... Redha je la . Aku pun target 5 je . Trial pun dapat 1A, tu pun semua gred ada. Ah redha je la.'

Pastu kitorang pergi kat koperasi sekolah, kononnya nak beli tisu, lepas tu ada adik Wan, iaitu adik kepada Azim, kira best friend Comot jugak la. Sebab kitorang salu gaduh kut dalam kelas, and sering dipanggil scandal sebab biasanya kat mana ada Comot, kat situ ada dia. Study pun sama-sama. Dalam kelas dia duk sebelah Comot. Balik kepada cerita, adik Wan tu baby lagi, dalam setahun baru kut ? Pipi dia besarr.. ! Comel sangatt ! Macam mama dia . 


Tadaa ! Comel kan kan kan ?

Main-main dengan baby kejap, lepas tu pergi kat dewan, tak jadi nak beli tisu. Bukan tak jadi, lupa ! HAHA ! Sampai kat dewan, orang tak ramai lagi masa tu, nampak Nazmi, dia tegur. Then masuk dewan nampak Azim. Senyum dulu. Lepas tu ada Cikgu Zaryati ( Cikgu Maths ), pergi salam dia dulu then borak-borak kejap, pergi salam kat mama Azim. Lepas tu kat belakang Azim tu ada Sha ( classmate ) dengan kakak dia. Salam dengan kakak dia. Lepas tu, Ustazah Rafiah ( Ustazah Pendidikan Islam/ Form teacher ) pun masuk dewan, kami-kami pakat menyerbu beliau. Last-last dia suruh ambil file dulu. Dalam file tu ada sijil-sijil. Lepas tu kitorang duduk. Then borak-borak dulu, dua jam jugak lepak dalam dewan Fikri tuh. Kat-kat 12:30 baru start majlis. Ustazah cakap, dia akan kasi slip result yang dapat 5A, 6A, 7A, 8A, and straight A kat atas pentas dulu. So, Comot tak berharap dapat naik pentas. Then, majlis start, dan Tuan Pengetua, Encik Ruslan Awang berucap. Dia cakap target straight A 6 orang tapi dapat 4 orang je. Ada sorang student ambil 10 subjek, tapi dapat 9A. Kira dah okay lah tu kan ? Tamak betul dia tu . hihi . Yang dapat 8A berapa orang eh ? Lupa la pengetua cakap berapa. Yang dapat 7A ada 11 orang. 6A pun lupa berapa, 5A ada 25 orang. Dalam hati berdetik, ' aku termasuk ke tak dalam list tu ?'. 

Disebabkan menganggap yang diri ini takkan berada di atas pentas, so tengah potpet dengan Ain. Tiba-tiba, " Anis Nadzirah binti Azman dari kelas 5 Ibnu Nafis." . Apa lagi terkejut beruk la Comot ni nama Comot diumumkan. Tapi sayang kelas lain. 5 Ibnu Nafis tu kelas SC 1. Ingat nak duduk balik, lepas tu MC tu cakap " Maaf, dari kelas 5 Ibnu Sina ". Nak duduk balik la sebab dalam kelas Nafis tu, ada sorang yang nama Anis. Dengan gumbiranya bangun melangkah ke pentas. Rasa nak pitam pun ada. Nak menangis pun ada. Cikgu Haji M.Nidzar ( PK1) dah tersenyum. Cikgu M.Nidzar ni kenal femli Comot, rapat dengan Ayahanda. Dengan rasa bangganya, dan bersama selipar jamban tu lah, Comot melangkah menerima slip dan ada envelope dengan apa ntah satu lagi, dari pengetua. Then masa nak turun tu, ada student ni dia tunjuk kat arah belakang, so pusing belakang, Comot tengok Cikgu M.Nidzar hulur envelope. Terjatuh. Hehe . Then duduk je, weh tengok slip. Tahniah. Wah bangga-bangga. Sebelum ni takde la rasa happy macam tu. Then ambil phone, call Bonda. Rasa nak terjerit. Tapi line masa tu tak okay, tak dengar suara Bonda. Then Bonda cakap dia akan call Ayahanda nanti. Lepas tu, Along call. Dia tanya dapat berapa sebab sebelum tu dah hampir sepuluh kali dia call tapi masa tu tak tau result lagi. Then message Angah. Lepas tu call Ayahanda. Jelas dan clear. HAHA ! Menangis tersedu-sedu kat situ. Then, sepupu Comot call, dia cakap tahniah.

Masa tu Ain dah berdebar, sebab yang dapat 5A tu dah nak habis, last-last ada jugak nama dia. Dapat jugak naik pentas. Dapat je dia terus call Mama dia. Dia nangis. Tak pernah Comot tengok dia nangis even dah 2 tahun lebih jadi best friend. Dia nampak happy sangat. Alhamdulillah kami berjaya. Lepas habis majlis tu, kitorang jumpa cikgu salam-salam, ucap terima kasih. Excited sangat-sangat. Tapi ada sorang lagi cikgu aku tak jumpa, Teacher Kalima. Kat mana dia ? Then Ayahanda call dia cakap dia dah ada kat luar. Masa tu Comot pun dah nak keluar. Sampai je depan Ayahanda, salam dan cium pipi, peluk Ayahanda. Nangis ! 

 AKU BANGGA JADI ANAK ABAH . AKU DAH BUKTIKAN YANG AKU MAMPU .

Bonda cakap, perangai Comot ni sebijik dengan Ayahanda. Tu la hari bahagia aku. Ingat nak jumpa Cik Dah, makcik yang niaga depan sekolah. Rapat jugaklah dengan Cik Dah, anak dia pun sama umur dengan Comot tapi tak suka dia. Perasan and mulut perghh ! Yelah, orang kelas SC 1, mana boleh bercampur dengan budak-budak yang tak popular kan ? But, his mom very nice, and very friendly. Cik Dah cakap kat adik haritu, dia cakap dia rindu Comot. Oh, bahagianya hati. Nak jumpa Cik Dah lah hari Ahad nanti. Nanti ada taklimat, so boleh lah jumpa dulu.

Abaikan muka yang hodoh itu.
with Ain.







21 March 2012

Dup Dap Dup Dap ...


Dengar tak jantung Comot ber-"dup dap" ? 
Ahh ! Nervous sangat ! hmm . Tangan ni asyik sejuk je . Nak menaip pun rasa macam keras, beku. Macam stay dalam bilik berhawa dingin. >.<


Sejuk sejuk sejuk ! Tak mandi lagi. Nanti pukul 10, Ain datang ambil. 
Pergi bersama-sama. Kamilah kembar yang tak rasmi. BFF.


Opps ! Gambar di atas tak ada kaitan. Rindukan my capital J. Tu aje . Dah seminggu tak call dia . Nanti lah call lepas ambil result. 

Ingat  ! Kalau elok ke, tak elok ke keputusan kita dapat nanti, DON'T CRY ! Dan jangan lakukan perkara-perkara bodoh seperti memb___h diri . Ada faham ?! 

Bye ! Nak mandi !


Ceria la selalu seperti Spongebob.



Resepi Agar-Agar Koktel



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

- 10g serbuk agar-agar
- 1.5 liter air / 5 gelas air
- 100ml / 1/2 cawan susu cair
- 200g gula
- 1 tin besar koktel
- 2 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Masukkan serbuk agar-agar, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

2. Perlahankan api. Ambil semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat, boleh alaskan dengan air yang dimasukkan ketulan-ketulan ais. Bila nampak dah nak keras, ambil sudu dan kacau supaya menjadi berketul-ketul.

3. Dalam periuk agar-agar tadi, masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.

4. Tapiskan agar-agar yang dicampur susu / dalam periuk tadi dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.

5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi ke dalam loyang yang berisi agar-agar susu tadi.

6. Sejukkan dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

Resepi Lengkong Milo


Eii ! Lamanya tak update resepi ! So sorry .

Kali ni, resepi Lenkong Milo. Dari sumber informasi Comot, dessert kali ni asal dari Negeri Sembilan.


Bahan-bahan ( 2 orang )

- 1 peket agar-agar
- air secukup rasa, kalau nak keras kurangkan, kalau nak lembik lebihkan.
- 2 cawan milo
- 1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara :

1. Agar-agar direbus sehingga mendidih. Lepas tu tuang dalam jug dan pastikan tapis ye.

2. Bancuh seperti air milo. Dan isikan dalam bekas.

3. Letak dalam peti ais, nak cepat keras, masuk dalam frozen.

4. Dihidangkan semasa sejuk.

20 March 2012

Sehari Sebelum ...


Eh esok dah 21 March ke ? Alahai. Esok dah keluar result SPM 2011. Eh sekarang dah jam 23:12 nie . ada kurang 11 jam lagi sebelum keputusan mula diberi. Oh ! Tidak ! Takutnya ! Cuak sangat !

Hari ni, dari jam 8:30 Comot online FB, sampai jam 17:30 tadi. And jam 22:00 online kembali. Ramai yang update pasal result esok. Bukan apa, FB baru ni ramai kawan-kawan yang seusia. 70% kut ?

Abaikan pasal kawan-kawan tu. Sekarang ni diri Comot sendiri. Walau belum bersedia, tapi kena bersedia jugak. Jantung nie rasa dah nak tercabut. Kadang-kadang macam nak kena hukuman gantung je . Nak pitam ! 

Bonda Comot target banyak woo .. ! Takut jugak kalau tak sampai target Bonda. Tapi Comot dah usaha habis baik. And, result tu lah hasil Comot disekolahkan.

( 1999-2000 ) 5 dan 6 tahun - Tadika Kemas Telok Pasu
( 2001 ) Tahun 1 - SK Telok Pasu
( 2002-2006 ) - SK Teluk Ketapang
( 2007-2011 ) - SMK Ibrahim Fikri

Kat mana ? Semua sekolah-sekolah ni kat Kuala Terengganu. :)
Kat sini, Comot nak ucap terima kasih tak terhingga kat cikgu-cikgu yang telah ajar Comot sejak tadika, sampai sekarang. Tak lupa jugak cikgu tuisyen. Tuisyen kat sekolah masa year 6; Cikgu Rosli, Cikgu Tengku, Cikgu Zul, Cikgu Wan Zul, Teacher Rosenah, Cikgu Zilyati. Pastu masa tuisyen kat Skor A, Gong Badak, masa form 3, err. Tak sure nama apa sebab sir chinese. Ada 2 orang sir chinese, sorang ajar English, sorang ajar Maths, pastu lagi sorang tu err Melayu kut ? Dia ajar Science, tapi kejap je, lepas tu ada teacher baru ganti. Lepas tu kan, masa form 5 nie, tuisyen kat-kat rumah je, Tuisyen Cikgu Azlan. :)

Oh, lupa ! Nak terima kasih jugak kepada mereka yang telah menjadi fasilitator Comot di kem-kem motivasi, kem kecemerlangan, kem suka-suka. Eh ? Lari sikit . Peace !

Macam dah hilang idea je. Memang pun ! Nervous gila ! 

Kepada calon-calon SPM 2011, selamat maju jaya !


Edit !


Comot dah tukar template dan keseluruhannya. Tapi tak siap lagi. Internet tak problem pun, tapi pc Comot ni RAM dia kecik, so selalu hang . PC tak boleh nak support. Hmm ..
To be continue.


19 March 2012

Coklat ! Coklat ! Coklat !


Opps ! Bukan Vanilla Coklat !

Mesti ramai yang gemarkan coklat kan ? Kat sini Comot nak promotekan beberapa design coklat..
Sesuai untuk dimakan seisi keluarga, untuk ditempah, untuk hantaran, untuk dihadiahkan kepada seseorang ke ?
Sebagai cenderahati pun boleh !

Jom kita tengok gambar-gambar dulu.
Sesiapa yang berminat untuk menempah bolehlah menghubungi tauke coklat tersebut.


Jom tengok design coklat yang terbaru !

Yang ni RM7.00 setiap satu . Size lebih kurang tapak tangan orang dewasa :)

Yang ni RM7.00 jugak setiap satu.

Ni adalah muffin chocolate . Harga dia RM35.

Pelbagai bentuk dan warna.

Yang ni coklat hantaran. Harga dia RM45, ada 35 biji.

Yang ni pun coklat hantaran. Harga dia RM55, ada 45 biji.

Yang ni coklat bola. Harga dia RM6 untuk 5 biji.

Yang ni coklat hantaran. RM55, ada 45 biji.


This is coklat lolipop. Harga RM1.50 untuk satu batang.
Harga RM55, ada 45 biji coklat. Ada hiasan bunga.


Coklat lolipop. Yang ni boleh ditampal gambar.

Coklat homemade bersama kotak hantaran eksklusif 

Coklat Homemade sesuai untuk hantaran. Harga RM70. Ada coklat kat dalam.

Size besar tapak tangan orang dewasa. Harga RM30 dan ada coklat kat dalam. :)
1 biji RM30
2 biji RM55
3 biji RM70

Coklat Love XXL
RM60 without chocolate
RM70 with chocolate





Warna coklat boleh dipilih mengikut tema majlis anda :)

Yang ni RM60, ada coklat kat dalam

1 biji = RM7

Yang ni pulak RM18

Guys ! Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti KELAS COKLAT, KELAS CUPCAKE, bolehlah menghubungi AZ Cookies nie di talian 019-9233169. 

AZ Cookies juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan mereka yang berminat untuk menjadi pengedar coklat bolehlah menghubungi AZ Cookies.

Apam Kukus Mekar

Cupcakes


Wah ! Cantik, comel dan nampak sedap !
Apa tunggu lagi, jom la order !

Attention ! Tunggukan design-design coklat yang seterusnya ya ! :D



18 March 2012

Google Trick !


Hi, Comot nak ajak korang main satu game @ trick la.

Sangat best !

1. Mula-mula taip pergi kat Google.

2. Lepas tu korang pergi pulak kat COMOT.

3. Pastu korang taip Game Online. Atau korang nak taip apa-apa yang korang nak taip la.

4. Then tengok hasilnya.


Kalau jadi apa-apa jangan panik ye !
Kalau menjadi komen la.

Maybe dah ramai yang pernah buat and tahu, tapi Comot nak share jugak kepada mereka yang masih belum mengetahuinya. Peace !


Hancurrr !

Sumbang Mambang


Selamat sore ! Lega akhirnya blog Comot kembali meriah dengan bunyi-bunyian yang mengasyikkan.
Ahh .. !

Dah pun tambah 24 lagu . Tapi semua lagu era 90-an . Lagu jiwang !
Oh ! Sejak bila terlibat dengan aktiviti berjiwangan ini ?

Biasanya kalau sebut bab-bab jiwang ni, mesti ramai remaja-remaja yang di alam percintaan dikaitkan dalam bab ni kan ? Tak kurang jugak mereka-mereka yang baru putus bercinta, sebab lagu-lagu zaman 90-an ni penuh makna lirik dia. Takde la macam lirik lagu-lagu sekarang. Tak semua lirik takde maksud, tapi kebanyakan. Kan ? Kan ? Kan ?

Mengaku je la . Ish !

Nie list lagu-lagu. Penat tau nak cari .


Okay, Comot nak pergi bersiap-siap pulak, tauke tudung nak datang nanti.
HAHA ! Actually kawan sekolah, jiran pun boleh jugak . Dia jual tudung. So, Comot ada la beli tudung bawal two tone satu . Dia cakap dia nak hantar kat rumah Comot. Tunggu je la . Bye !