Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

Daisypath Happy Birthday tickers

7 March 2012

Kuiz Keseimbangan Otak Kanan dan Otak Kiri


Halohai ! Kali ni Comot nak share pasal keseimbangan otak kanan dan otak kiri. 

Dengan menjawab kuiz ni, korang boleh tahu korang cenderung otak kanan atau otak kiri.
So, lets go !

Soalan 1. 
A. Saya lebih suka melakukan sesuatu menurut cara saya sendiri.
B. Saya lebih suka diberitahu cara terbaik untuk melakukan sesuatu.

Soalan 2.
A. Saya lebih suka membuat perancangan sendiri.
B. Saya dapat mengikuti perancangan yang dibuat oleh siapa saja.

Soalan 3.
A. Saya sangat fleksibel dan kadang-kadang sukar diduga.
B. Saya seorang yang sangat stabil dan konsisten.

Soalan 4.
A. Saya menyimpan segala sesuatu di tempat yang khusus.
B. Tempat saya menyimpan barang bergantung kepada apa yang saya sedang lakukan.

Soalan 5.
A. Saya melakukan suatu pekerjaan dengan menggunakan jadual yang teratur dan waktu yang sesuai.
B. Saya lebih suka melakukan tugas menjelang tarikhnya.

Soalan 6.
A. Saya tahu kalau saya benar kerana saya mempunyai alasan yang benar.
B. Saya tahu kalau saya benar walaupun tanpa ada alasan sama sekali.

Soalan 7.
A. Saya memerlukan banyak variasi dan perubahan dalam hidup saya.
B. Saya suka hidup terancang dan teratur dengan baik.

Soalan 8.
A. Kadang kala saya mempunyai terlalu banyak idea dalam situasi yang baru.
B. Kadang kala saya tidak mempuyai idea apa pun dalam suatu situasi yang baru.

Soalan 9.
A. Saya mengerjakan hal yang mudah dahulu dan mengerjakan hal yang penting paling akhir.
B. Saya mengerjakan hal yang penting lebih dahulu, kemudian mengerjakan yang mudah.

Soalan 10.
A. Bila perlu membuat suatu keputusan yang besar, saya memutuskan berdasarkan apa yang saya tahu merupakan hal yang benar.
B. Bila perlu membuat keputusan yang besar, saya memutuskan berdasarkan apa yang saya rasa merupakan hal yang benar.

Soalan 11.
A. Saya membuat perancangan waktu dalam mengerjakan sesuatu.
B. Saya tidak membuat perancangan waktu dalam mengerjakan sesuatu.

Soalan 12.
A. Saya biasanya mempunyai disiplin diri yang baik.
B. Saya biasanya bertindak mengikut perasaan.

Soalan 13. 
A. Orang lain tidak mengerti cara saya mengatur sesuatu.
B. Oran lain berpendapat bahawa saya mampu mengatur sesuatu dengan baik.

Soalan 14. 
A. Saya setuju dengan idea baru sebelum orang lain setuju dengan idea tersebut.
B. Saya lebih banyak mempertanyakan idea baru dibandingkan dengan orang lain.

Soalan 15. 
A. Saya lebih banyak berfikir dalam bentuk gambar.
B. Saya lebih banyak berfikir dalam bentuk kata-kata.

Soalan 16.
A. Saya cuba mencari satu cara terbaik untuk menyelesaikan suatu masalah.
B. Saya cuba mencari beberapa cara untuk menyelesaikan suatu masalah.

Soalan 17.
A. Saya dapat menganalisis apa yang akan terjadi kemudian.
B. Saya dapat merasakan apa yang akan terjadi kemudian.

Soalan 18.
A. Saya tidak begitu imaginatif dalam melakukan pekerjaan saya.
B. Saya dapat menggunakan imaginasi saya hampir dalam setiap pekerjaan yang saya lakukan.

Soalan 19.
A. Saya mengerjakan banyak pekerjaan tetapi tidak pernah saya selesaikan.
B. Saya menyelesaikan satu pekerjaan dulu sebelu mengerjakan pekerjaan yang lain.

Soalan 20.
A. Saya cuba mencari cara baru untuk mengerjakan pekerjaan rutin.
B. Jika satu cara telah berhasil baik, saya tidak akan mengubah cara itu.

Soalan 21. 
A. Saya lebih suka mengambil risiko.
B. Saya lebih suka tidak mengambil risiko.

Nilai jawapan:

Soalan 1 : A-1 B-0      Soalan 10 : A-0 B-1      Soalan 19 : A-1 B-0
Soalan 2 : A-0 B-1      Soalan 11 : A-0 B-1      Soalan 20 : A-1 B-0
Soalan 3 : A-1 B-0      Soalan 12 : A-0 B-1      Soalan 21 : A-1 B-0
Soalan 4 : A-0 B-1      Soalan 13 : A-1 B-0
Soalan 5 : A-0 B-1      Soalan 14 : A-1 B-0
Soalan 6 : A-0 B-1      Soalan 15 : A-1 B-0
Soalan 7 : A-1 B-0      Soalan 16 : A-0 B-1
Soalan 8 : A-1 B-0      Soalan 17 : A-0 B-1
Soalan 9 : A-1 B-0      Soalan 18 : A-0 B-1


Okay ! Kirakan berapa nilai A dan berapa nilai B kemudian campurkan. Dah dapat jumlahnya baca lagi di bawah . Di bawah ni penentu kecenderungan anda .

0-5 : Rujukan yang kuat terhadap otak kiri
6-8 : Rujukan yang sederhana terhadap otak kiri
9-12 : Penggunaan otak yang seimbang antara otak kanan dan otak kiri
13-15 : Rujukan yang sederhana terhadap otak kanan
16-21 : Rujukan yang kuat terhadap otak kanan.


Selamat menjawab kuiz ! Kongsikan kecenderungan anda ! (:

No comments:

Post a Comment