Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

25 April 2012

Design Banner


Selamat petang guys ! Tadi kan, Comot design banner . Haha ! Kelakar betul tapi tak sangka menjadi sebab first time buat .Omegod ! Masih tak percaya !  Hehehe , setelah setengah jam, inilah hasilnya !



Penat jugak buat banner nih . Kena buat satu-satu, slow-slow. Penat Penat ! Sekarang Comot nak tidur ! Errm bukan ! Nak main kut ? Buat apa-apa jelah, asalkan bukan mengadap screen benda alah nih .

Apa ? HAHA ! Tau la. Tiba-tiba ada buaian kat sawah padi kan ? Kihkih. Actually gambar tuh Comot tengah layan sepupu-sepupu yang kecik-kecik lagi main kat playground. :D

Babaiiiz !




Mainan YAHUDI yang WAJIB anda tahu !


1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

5.Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kisah Rasulullah SAW


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.




5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

21 April 2012

Hohohoreyy !


Baru pas update pasal Lawak. Enjoy reading ! Actually Comot penat lah, nanti nak pergi mengajar pulak. Ish Ish. Remind me nak update pasal balik kampung yee ! :D 

Nak pergi mandi, solat dulu. Nanti ada time free banyak, Comot update ! :D

17 April 2012

Kangenn !


Readers and bloggers, sorry sangat dah lama gila tak update blog. Bukan apa, malas lah. Huhu.. Kan haritu Comot dah buat FB baru kan, lepas tu kan, FB tu macam nak kena hack. Err macam mana tau FB nak kena hack ?

Mula-mula tengah asyik online kan, tiba-tiba dia cakap " You're not log in ". Pelik jugak. Biasa kalau jadi macam tu, ada orang on FB kita. Nak cakap my Capital J takde la pulak dia on sebab biasanya kalau dia online, dia tegur Comot dulu, baru dia online my FB.

Lepas tu Comot pun try sign in balik, masa tu entah kenapa loading lama sangat. Biasa tak macam tu pun. Nak cakap orang guna internet tak jugak, sebab masa tu Comot je guna. Lepas tu Comot tutup. Comot pun Google. Then dapat sikit info.

Lepas tu try log in sekali lagi kan, lepas tu dia suruh verify semula emel, lepas tu dia bagi gambar friend Comot kan, dia suruh teka gambar tu dalam album siapa kan. Nasib baik friend Comot masa tu dalam 20 orang baru. Then boleh la teka. Lepas tu dia bagi no pin kan, then lepas isi no pin tu, dia tunjuk lokasi FB Comot online tadi tuh. California ! Omegod ! Macam mana boleh sampai kat  sana. Ish ish ish .. 

Yang peliknya kan, Comot baru je buat FB tu, dah kena hack. Apa pun takde lagi masa tu. Profie picture je ada, tu pun gambar Upin Ipin. Info-info tu pun tak update lagi. Hackers ni nak apa sebenarnya ? #@!$%^&$


3 April 2012

Kamus Bahasa / Slang/ Loghat Terengganu


Jom-jom jom !!

Piyer-piyer ( sape-sape) hok doh bertaong kat Tranu ni, kalu dok reti

baser Tranu, memang teruk do'oh ahhh..........mari ah blajo baser

Tranu.....ajor ke saing-saing.

1. Guaner Gamok = Apa khabar

2. ape ke jadah = apa hal

3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya

4. atu = hantu

5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing

6. apah nyor. = hampas kelapa

7. anguh letong = sangat hangus

8. agah/beragah = org kecik jenis berani

9. air geh tujuh yu-pi = air 7UP(set2 kole beghang)

10. air tuak = air nira

11. amok reng = malas nak tolong

12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur

13. bata golek = boaster/bantal peluk

14. bronok = sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu

15. bepang = sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut

16. boloq woq = serabut

17. bak = ayah

18. bobok = gelembung udara dlm air

19. boyak = beritahu

20. bollo'k = penuh sesak

21. bahang = pukul kan!

22. bapok gong = sangat besar

23. botok licing = botak licin (rambut)

24. beso jereguk = besar

25. beghak nanang = sangat berat

26. bluahh = comot

27. beratah = banyak

28. beliung = pepatung

29. bising bangor = sangat bising

30. beso jalor = sudah besar

31. beng ikang = van@lori yg bawa ikan

32. bholay = tidur/juling

33. be'rong = lalat,nyamuk yg ramai berterbangan

34. buruk leppok = buruk gila

35. busuk kohong = sangat busuk e.g mung ketok busuk kohong (kau kentut

sangat busuk)

36. busuk kohong = sangat busuk

37. ba bay = degil bodo do'oh lalu = bodo lebih/benak

38. bur*t = far*j

39. bewok = biawak

40. biru heran = biru lebam-lebam

41. buah semeta = manggis

42. bera = sedih nak menangis

43. baruh = sawah

44. baki = bekas utk meletak sesuatu benda

45. buah pe'lang = buah pauh (Kelantan), buah mempelam

46. buah setial = buah kecapi

47. buah tai = buah kelapa laut

48. berahi = suka e.g aku berahi makang ke'pok gondel (aku suka makan

keropok lekor)

49. bekeng = garang/bengis

50. bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut

51. bhiang = binatang mengawan e.g lembu bhiang.

52. berambei = bergantungan

53. bicuk = benjol e.g pala aku bicuk teratuk tadi (kepala aku benjol

terhantuk tadi)

54. culah = degil

55. cong = tipu/bohong

56. cekik = cubit

57. cetong = tin susu

58. cokeh = tuas

59. che = mak

60. ceroh nerang = sangat terang

61. cakner = prihatin/ambik berat

62. comel lote = comel yg amat

63. cerelong = merenung dgn mata yg besar dan tajam

64. colok = mancis, gesek (Kelantan)

65. cakkerek = cengkerik

66. dokdang = tak sempat

67. dok ngepong = tidak pandai buat sesuatu

68. doktong = suka merayau-rayau

69. dok = bukan

70. dian = lilin

71. dudok cacang = berdiri

72. dhian = duduk dekat unggun api

73. dok oh lalu = terlalu over

74. dok rok meppeh = tak larat

75. dho'nik = mengejek-ngejek

76. dok tahu starang baroh = tak tahu pun lansung

77. dok dulli = tak hirau

78. du du senung = mentadak-mentadu

79. decung = sangat laju

80. denir pey = sangat becak berlumpur

81. derohong = bunyi bising yang kuat

82. dek pong = sebabnya/kerananya

83. dinung = disana

84. dondeng = tergantung

85. dok seker = tanpa disangka

86. dedok = sekam padi

87. dhoket = tercacak e.g anok panah kena dhoket pada sasaran.

88. erek = heret

89. enjjal = terajang/sepak

90. embeng = banyak

91. echir = tabur

92. glising = merekah

93. gelak kattok = gelap gelita

94. geddik = sama spt nginding?nak sesuatu drp orang tanpa dijemput/undang

95. gege = bising

96. gemuk debbok = gemuk sangat

97. gugha bewok = gurauan yg menyebabkan pegaduhan

98. gong = sombong, tanah tinggi, gong

99. gong = gong alat muzik

100. gembik = lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je

101. gi selalu = pergi sekarang

102. guling bating = jatuh bergolek

103. galir = loose

104. gelap guguk = gelap gelita

105. gu'ling = terlentang rehat sebelum tidur

106. gogeh = bergoyang

107. gharik = maghrib

108. gohek = pandu

109. gustang = undur

110. gombeng = berkucup/isap tetek

111. getok = jambatan

112. ghagal = meraba

113. gelap mata = pitam

114. ghumber = mengepam cecair dgn alat manual

115. ija naung = hijau pekat

116. itang lettung = tersangatlaa hitamnya

117. itam lo'tong = tersangat hitam

118. itam leggam = tersangat itam

119. ising = gila

120. ikang aye = ikan tongkol

121. ikang kerah ekor = ikan cencaru

122. ikan sekilar (org Trg) = ikan ka'ring (org kelantan)/ikan pelaga

123. ikan tebakul = ikan belacak

124. itik sekati = itik jawa

125. itik gembor = itik air

126. itik baghal = itik sekati + itik gembor bila besar jadi itik baghal

(ia mengeram telur)

127. igak = tangkap

128. jeretoh = tidur

129. jelira = menyerap/meresapi e.g sejuknya air jelira (rasai) keseluruh

badan

130. jangok = berhias diri

131. jenuh = puas

132. jenggi = badi

133. jelebab = jatuh tertiarap

134. jabir/supik/plastik ghok-ghak = plastic bag je padahal

135. jauh sayut = teramatlah jauhnye

136. joong = mendung/redup

137. jebeng = jambang

138. jogher = tukang ampu

139. kepeh blepeng = kempis sangat (sampai mcm lempeng?)

140. kedarah = makan dgn pelahap (bahasa kasar ketika marah)

141. koghok keghing goh = tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)

142. kelecak baghak = terpelanting

143. kerek tlage = konkrit perigi

144. kopey = tidak berupaya

145. kenghir = tidak berupaya

146. kelong = baling

147. kelepek = curi e.g basikal aku kena kelepek

148. koman spanar = tidak berwibawa

149. kerek = acap kali

150. ketek (dok ketek) = senyap dan takut

151. ketik nyamuk = digigit nyamuk

152. ke'kok/kepouk = ketuk kepala dgn ruas jari

153. kalu = jikalau

154. khouh = terperap busuk/hapak

155. kuih badak = macam donut tapi drp ubi stelar (keledek)

156. kupik = kedekut

157. kutil = cubit-cubitan

158. Kembit = mengada-ngada

159. Karang = lain waktu pada hari yg sama

160. Kekgi = sebentar lagi

161. Khabor = beritahu

162. ka'bur = kumbang

163. katok = pukul

164. kelotong nyor = kelapa kering jatuh ditebuk tupai

165. kohor-kohor = perlahan-lahan

166. ke'jong = berkas dgn paksa

167. kopek = tetek

168. keta tambang = teksi

169. koyok nyor = kupas kelapa

170. koyok = carik

171. kecik tuik = sangat kecil

172. kecik pereh = sangat kecil

173. kuning siyor = sangat kuning

174. kemosa = kuih macam karipap inti ikan

175. kuba balo = kerbau yg ada wana pink

176. kheloqq = malu/takut

177. kuruh kering = sangat kurus

178. kuruh kekek = sangat kurus

179. kecok = jln terhincut2

180. kona leper = corner lipat

181. kelecak = terpelanting

182. kattok wong = katak (siap ade bunyi tuu)

183. ketor geggor = terketar smp bergegar

184. koghok = tengkorak

185. kena kekoh = kena gigit

186. kelepek = kena curi

187. khapoh = selerak

188. kehek = muntahkan semula

189. kijjer kelaut = kerja nelayan

190. kerah ketong = sangat keras

191. kerah kejong = sangat keras

192. kecek = tipu/bohong

193. khucuk = lari laju sebab takut e.g aku lari kucuk bila jumpa rimau...

194. kesek = mata rosak sebelah /lampu rosak sebelah

195. lembek = tilam

196. lari kucuk = lari laju takut

197. lembbek lolltek = sangat lembik

198. lenyeng = terkulai

199. licing mayor = permukaan sangat bersih dan halus

200. lari cedah = lari laju

201. lecah = becak

202. lu'arr = diluar

203. luar lu'ar = seluar diluar

204. lambur = tangga rumah yg lebar boleh duduk sembang

205. lassor = beranda

206. lellning = sekarang ini

207. lapo perut = lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti

ade perut)

208. letihsang = sangat letih

209. lepe = cuai

210. lugar = perut kosong rasa sebu.

211. Medik = kedekut

212. ma'rin = semalam

213. mutor kelaut = bot nelayan

214. meroh merang = merah sangat

215. mu'sang = bengis

216. ma'nah = banas baran

217. memang dok arr = memang tak ar!

218. musing ligat = berpusing-pusing

219. musing ketang = berpusing-pusing

220. manih leting = sangat manis

221. makang kkucing = dimakan kucing

222. makbrekmok = makian bur*t mak (censored)

223. musing ketang = tercari-cari merata-rata

224. maknga = dok prihatin

225. meppeh = tak larat

226. masing pekkok = teramat masin!

227. masing re'bing = sangat masin

228. meceh = pemetik api

229. may = heroin (dlm filem)

230. main tor = main sembunyi ? police sentry

231. meroh nyala = sangat merah

232. nakuk paik = penakut yg amat

233. noneng = bergayut

234. nu'suk = sembunyi

235. ngerek = selalu bwk awek kot?

236. ngigar ekor = tercari-cari

237. ne'ting = melompat

238. nyor komeng = kelapa tiada isi yg ringan

239. ngoyang = meroyan

240. nginding/ngendeng = harap pemberian orang dgn pergi ketempat makan

contohnya

241. netel = meghampiri orang dgn perlahan-lahan

242. netang = terlentang

243. ne'tang = tergalang

244. nyong nyong = mendatangi terus dgn selamba e.g dia mari nyonyong jumpa

aku

245. nyekik = menyampah

246. nyuruk = menyorok/bersembunyi

247. nyakit nyamang = tidak bersangkut paut

248. nyeh-nyeh = mengada-ngada

249. nisang = gula melaka

250. nebeng ngoh = ter over

251. nebeng = berusaha sungguh-sungguh

252. nipih nhayang = sangat nipis

253. nhayang = terbang

254. ngatuk mate = ngantuk (samela tak ble pisah ni..... kene bitahu eheh)

255. ngu bu ngabang = panik/keadaan bercelaru

256. ngongek = bergoyang

257. nyaknyer = kesian

258. na'sang = malas

259. ngita = mengintai

260. nibbang = bersetu**h

261. nawo'k = tipu

262. ne'cek = gelupas

263. orang muda = hero (dlm filem)

264. ogeh = mengoncang tiang/pokok

265. pucak kesi = pucat lesi

266. pik = far*j

267. pehel = cubit-cubitan

268. *kuih tat* = tapak/bawah

269. patoh riok = patah (tangan etc)

270. pendek kettok = pendek ah

271. panah ketik = rasa sangat panas

272. panas dering = hari tersangat panas

273. panahsang = panas yg teramat sangat

274. panjang jenggong = sangat panjang

275. piyung = penyu

276. piyat = pukul dgn rotan, lidi atau ranting.

277. Pohu = rapuh

278. Putih seleput = sangat putih/melepak

279. Phuing = terdedah

280. Piyer = siapa

281. Pok = tin susu tuu

282. Perap = tak bergerak

283. Perok = kesuntukan

284. Peleting = straw

285. pelekong = baling

286. punoh jahnan = rosak

287. paik nepang = pahit yg amat2

288. patoh riok = patah banyak

289. pekat likat = pekat ah

290. peteh = sekat kaki dgn kaki agar jatuh

291. pughah hangik = hampeh gila

292. pender = apa benda/apa hal

293. puahsang = boring

294. pelawok = tipu/bohong

295. penuh rumbu = penuh sampai melimpah

296. penuh nembok = penuh sampai melimpah

297. *daki* = kemaluan wanita

298. pitih = wang

299. pelohong = terbuka

300. phirah = sengkenit

301. ranggoh = makan dgn pelahap (bahasa kasar)

302. rokok cap unta na = rokok camel dialek koleberang's)

303. ringang lepung = sangat ringan

304. renjong = tinggi/kaki panjang

305. re'muk = banyak dan halus (spt semut, org ramai dlm stadium)

306. rhobok = almari

307. siyek = mengoyak

308. sigung = pukul dgn siku (menyingung)

309. skekk = sedikit

310. se`jek = masjid

311. sekut merri = biskut merrie

312. saing = kawan

313. se'eh = terlalu kenyang tercungap

314. segok lembu = kena tanduk oleh lembu

315. sawat = pel*r binatang

316. sorok = drawer

317. sokmo = banyak kali

318. sejuk kettor = sejuk yg sangat

319. senyak tupih = senyap sunyi

320. seriaw = seram

321. skon = serasi e.g aku dok skon kijjer situ.

322. serebang = kebas

323. skodeng = mengendap

324. srupe tule/supatula = serupe je

325. suke = suka, gembira

326. suke glekek = ketawe menggelekek

327. soheh dok munggg?? = ko ni biar betul!! / kau confirm ker

328. sewang = lebih kurang serabut jgk

329. sekak netting = singkat sangat (kain)

330. sakning = baru kejap

331. seperong = teropong (binocular)

332. sutoh = balkoni/tingkat atas

333. susuk = sembunyi

334. samah = 50 sen e.g tiga amas, pat amah (RM1.50, RM2.00)

335. serek = tempat gulung tangsi nelayan

336. serik = tak mahu ulangi kerana takut, sakit dll

337. sakan = banyak

338. sembak = ikan makan kail

339. tinggi sayuk = sangat2 tinggi

340. taller = bodoh

341. tiyung = cium

342. tha'rak = bersorak

343. tinggi langguk = sangat tinggi

344. tadok pitih sekepeng = tiada wang w/pun kecil nilainya (sekepeng = ¼

sen, sedik = ½ sen zaman dulu)

345. todi = air tuak

346. tekop = guna tapak tangan tangkap sesuatu diatas lantai

347. terap = tiru diatas sesuatu guna kertas nipis

348. teboh = guna tapak tangan tangkap/tepis haiwan terbang

349. tembok = jalanraya

350. tunggu stor = tunggu sekejap

351. tupul glenyeh = tumpul sangat(pisau ke)

352. tebeng = melindungi dgn sesuatu spt tabir

353. tebheng = berusaha sunguh-sunguh

354. tawor hebbe = tawar gila

355. tawor lem = tawar(air)

356. tohok = buang

357. terang berak = paksa berak

358. tembor = masuk/keluar tanpa kebenaran/lari e.g aku tembor sekoloh

balik rumah.

359. tubik = keluar

360. tebal naun = sangat tebal

361. toho leppeh = air yg cetek

362. tubekgkembong = buasir

363. tinggi nyayut = sama spt diatas

364. taik ayang muna = tahi ayam yg masih hangat cair

365. tinggi lonjong = sangat tinggi

366. tadok aghoh = habis ikhtiar

367. teksi = beca

368. tak emboh = tidak mahu

369. tang = pukul

370. tagor = baling

371. tibang = pukul

372. tirih = bocor e.g atap, timba, gayung dll

373. udoh = hodoh

374. udoh sepang ko'ong = sangat2 hodoh

375. udoh sepang = sangat2 hodoh

376. ubi steler = ubi keledek

377. undur-undur, cakcerut, cikgu = cencorot (dlm pasir tu bawah rumah)

378. ujang serek = hujan berhenti

379. ujang sidang = hujan mula berhenti

380. woh ulu = bahulu

381. warna biru stor = warna biru biji kundang, biji gemia

382. warna samo = pink color

383. Nyeng = hancur lumat/ hancur lebur

384. Ngopong = tak boleh harap

385. ssetok = terkejut gila

386. Mo'oh = ya la tu