Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

7 March 2012

Puding Karamel




Bahan-bahan ( 16cm )

- 400ml susu segar / susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur ( pada suhu bilik )
- 2 biji telur kuning ( pada suhu bilik )
- 2,3 titik esen vanilla 

Karamel
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air


Cara-cara :

1. Penyediaan karamel. Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan lagi 1 sudu air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

2. Masukkan telur kuning je dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati dan jangan biarkan berbuih. 

3. Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla. Panaskan sehinggan 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4. Dengan susu yang masih panas, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminium foil dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit. Boleh juga dibakar dalam oven tetapi perlu meletakkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

6. Bila dah masak jangan terus buka aluminium foil tersebut. Tunggu sehingga 5 minit baru buka. Bila dah sejuk boleh lah simpan dalam peti ais.

Selamat mencuba !
Jangan lupa comment ! :)

No comments:

Post a Comment