Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

7 March 2012

Puding Cendol





Bahan-bahan

* Lapisan atas
- 500ml air
- 180gm gula pasir
- 300ml santan pekat
- 10gm agaragar powder
- 500gm cendol
- sedikit garam

* Lapisan bawah
- 500ml air
- 200gm gula merah
- 300ml santan pekat
- 10gm agaragar powder
- 1 biji kuning telur
- sedikit garam


Cara-cara :

* Lapisan bawah
1. Masakkan air, gula dan agar-agar powder hingga mendidih.

2. Masukkan santan dan garam biar sehingga mendidih sedikit.

3. Masukkan cendol, kacau sedikit dan angkat. Tuangkan ke dalam acuan. ( untuk acuan, basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik. Saiz plastik mestilah lebih besar daripada acuan supaya mudah dikeluarkan dari acuan nanti. )

4. Tunggu sehingga adunan keras.

* Lapisan atas
1. Masakkan gula merah dengan sedikit air ( dari 500ml mengikut resepi ye ) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.

2. Masukkan air gula dan baki air tadi serta agar-agar powder. Masak hingga mendidih.

3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. Masukkan garam, dan biar mendidih sekejap. Padamkan api.

4. Sebelum tuangkan adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garfu di serata adunan

5. Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Selamat mencuba !
Do leave your comment ! (:

No comments:

Post a Comment