Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

9 March 2012

Sagu Kelapa / Bronot


Sagu kelapa ni Comot suka sangat-sangat. Kalau family Comot, kuih ni dipanggil "bronok"



Bahan-bahan

- 1 cawan sagu ( dibasuh dan toskan )
- 1 cawan gula
- 2 cawan air
- Pewarna
- Kelapa muda diparut digaul dengan garam.

Cara-cara :

1. Masakkan gula dengan air hingga gula larut.

2. Titikkan pewarna.

3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih dan sagu pun nampak jernih.

4. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan.

5. Bila benar-benar sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut.

Selamat mencuba !
Do leave your comments ! :)

No comments:

Post a Comment