Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

21 March 2012

Resepi Agar-Agar Koktel



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

- 10g serbuk agar-agar
- 1.5 liter air / 5 gelas air
- 100ml / 1/2 cawan susu cair
- 200g gula
- 1 tin besar koktel
- 2 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Masukkan serbuk agar-agar, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

2. Perlahankan api. Ambil semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat, boleh alaskan dengan air yang dimasukkan ketulan-ketulan ais. Bila nampak dah nak keras, ambil sudu dan kacau supaya menjadi berketul-ketul.

3. Dalam periuk agar-agar tadi, masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.

4. Tapiskan agar-agar yang dicampur susu / dalam periuk tadi dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.

5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi ke dalam loyang yang berisi agar-agar susu tadi.

6. Sejukkan dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment