Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

15 May 2013

Hari Yangg .... ♥



Jawab salam dulu :)

Letih sangat hari ni, bangun tidur pun lewat. Alarm pukul 10am, pukul 11am baru bangun. Tu pun teringat ayam kat freezer, nanti lambat bawak keluar, lambat lah boleh makan nasik :D

Dua, tiga hari ni duk edit balik tutorial lama tu. Sekarang ni kan rupa Blogger dah pun berubah. Edit gambar-gambar semua sekali dengan link. Memandangkan URL Blog Anis dah pun berubah, daripada "http://sayalahcomot.blogspot.com/" kepada "http://anismontelnis.blogspot.com/". Ntah kenapa gatal pulak nak tukar. Sekarang ni mood rajin nak buat tutorial semua tu, tapi kan, adik pulak nak guna laptop dan Anis pun nak kena tidur awal, besok mahu ke sekolah , sambut Teacher's Day.

Di kesempatan ini, Anis nak ucapkan Selamat Hari Guru terutamanya kepada both of my parents, Umi ngan Aboh. Even anda berdua tak pernah mengajar Anis di tadika mahupun di sekolah, i'm proud of u ! Tak lupa jugak kepada chegu-chegu yang pernah mengajar sama ada di sekolah, kelas, luar sekolah, tadika, masjid, surau, dewan, secara formal mahupun tidak, since belum sekolah sampai lah sekarang, para pensyarah termasuk sekali ye :) Happy Teacher's Day !



Terima kasih kerana mendenda, memarah, menyayang, mengajar, mendidik, mengasuh dan sewaktu dengannya. Terima kasih kerana masa Form 5, tak datang sekolah hampir sebulan tidak berturut-turut, tidak dikenakan apa-apa tindakan. Masa Form 3, ponteng kelas dan ponteng surau, tidak dihukum even dirotan. Apa lagi eh ? HAHA  ! 

Terima kasih jugak, kepada guru-guru yang mengajar daripada tak pandai jadi pandai. Daripada Sains masa Standard 4 dapat 22% means, FAILED ! , then dapat A+ masa SPM. Daripada Prinsip Perakaunan tak pernah lulus since Form 4 to Form 5, dapat A in SPM. Daripada Matematik dapat E since Standard 4, dapat A masa SPM. And Bahasa Melayu sentiasa highest in Form 5 ( bukan nak bangga, nak riak je ) . And Additional Mathematics yang tak pernah lulus dapat B+ masa SPM. Dan subjek-subjek lain lagi :D

Thanks to ols off my teachers, lecturers, ustaz, ustazah, counselor and sewaktu dengannya, HAPPY TEACHER'S DAY ! MAY ALLAH BLESS YOU ! 

No comments:

Post a Comment