Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

6 October 2012

Puding Roti Berkismis

Bahan-bahan (4-8 orang)

- 500ml susu segar
- 8 keping roti
- 4 sudu besar gula halus
- 4 sudu besar butter
- 2 biji telur
- 1 penutup esen vanila
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar kismis

Cara-cara :

1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.

2. Gaul rata gula halus, butter, telur, esen vanila, dan tepung jagung dan masukkan ke dalam loyang.

3. Taburkan kismis di atas adunan tadi. ( Lagi banyak kismis lagi sedap )

4. Bakar pada suhu 180 degree selama 30 minit / sehingga masak

5. Enak dimakan bersama aiskrim vanilla.



Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment