Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

Daisypath Happy Birthday tickers

11 August 2013

Dia

Ya ALLAH, sesungguhnya jodohku hanya ALLAH yang tahu.

Perkenalan yang singkat aku dengan Shah dalam masa yang singkat , membawa kepada hubungan yang serious. Aku agak teragak-agak untuk mengagak bahawa agak keberatan untuk aku mengagak niatnya. Asal yang macam lipan terbelit ni...

Shah saudara baru. Muallaf. Awal-awal aku kenal dia, yeah.. memang selalu tertinggal Subuh, tapi solat lain complete. But akhir-akhir ni, dia macam terlalu jauh. Haritu he said masuk club dengan brother II dia. He said dia tak minum. Yang lain je yang minum, tapi naluri aku cakap dia minum ! Hanya ALLAH yang tahu.

Dia sibuk berniaga. Dia nak aku ada dekat dengan dia tuk sambut Aidilfitri sesama. Tapi , kami bukan lagi husband-wife yang sah. Aku tak patut ikut cakap dia. Nak II ni raya pertama dia. Aku langsung tak mintak maaf, katanya. Yeke ? Aku tak ingatlah..

Tadi pulak, dia text, mintak gambar II aku, and suruh buang gambar dalam FB. Aku pun ikut je la... Send la sekeping gambar baru. Then gambar dalam FB 2nd aku just for him, aku dah delete. Then dia text lagi, nak 4 nombor. Aku pun dah pelik. Aku tanya nak buat apa kan.. Dia cakap nak beli. Beli apa ? Beli nombor la. Nombor apa ? Nombor ekor. Lailahailallah.. Aku cakap tak payah la. Dia cakap be sporting okay, I just nak beli je. RM1 je pun. Aku pun bagi nombor 2072. Then dia cakap thanks, kot II dapat duit raya lebih sikit. Aku pun naik geram.

Ni ke bakal suami aku ? Aku taknak orang macam ni. He's too much !

Syg, please jangan buat I benci U and orang-orang macam U.

31 July 2013

Broken heart


Setelah masuk sem baru ni, aku makin bertambah-tambah sibuk. Sem ni pulak short sem. Semua program/aktiviti kat kolej+kampus bertindih-tindih. Terkejar-kejar semuanya. Dengan test, quiz, presentation. Raya lagi. Ahh tension !

Student lifestyle normal macam ni ke ? Ke aku yang busy melampau ? Hari ni rasa semua tak kena. Pagi tadi kelas LAW @ 8am. Then continues ngan Test 1 MGT @ 11am. Sambung lagi dengan kelas MAF @ 3.15pm and Kokurikulum at 5pm. Tapi kelas MAF je aku pegi harini. LAW, aku tak terbangun tido. Gatal chat sampai pukul 5pagi. Then pukul 10 tu aku pegi UK ( Unit Kesihatan ) mintak MC alasan sakit perut cirit. Lepas daripada tu terus dapat cash Tuhan balas. Sakit perut betul-betul. Gasak ! 

Masuk kampus dlm pukul 11, aku masuk kampus sat, janji dengan sir Amri nak serahkan resit perbelanjaan Event PingPong haritu. Pegi HEP, dua kali aku tekan loceng, takde sape layan. Yang staff pompuan tu tengok aku 2kali tapi dia buat derk. Aku dah lah sakit perut boleh pulak dia ignore je aku kat depan tuh. Bagus sangat la kerja macam tu, nanti kat akhirat, puan jawab la dengan Allah sebab menganiayai orang sakit macam aku and tidak menjalankan tugas dengan baik. Aku pun pelik lah, kalau staff lelaki kena layan customer/student pompuan je eh ? Kalau staff pompuan pulak kena layan customer/student laki je eh ? Macam mana nak jaga batas pergaulan kalau dah memang menggatal macam tu. Ko ingat ni disco ke nak campur laki pompuan ? Kat hospital gah pun boleh pilih nak doctor laki ke pompuan. Sorry la angin sikit.

Settle hal HEP, pergi MEDEC, hajatnya nak fotostet tapi beratur panjang la pulak. Cancel, terus pergi jumpa lecturer. Siap jumpa lecturer balik bilik study sikit, pastu online pastu mandi. Masuk kampus semua tu aku tak mandi lagi sebenarnya :P

Bukan aku tak perasan, akhir-akhir ni hubungan aku ngan BF aku agak renggang. Kesnya dia nak jumpa aku, then aku kena p sana. Aku dah lah tengah sibuk ngan test, program-program under Kelab lagi. Aku ni mana la ada transport nak pegi jauh-jauh. at least dia ada motor dia, and dah biasa datang tempat aku. Tipu la kalau aku cakap aku ni langsung tak sedih. Punya aku pertahankan, tapi last2 jadi macam ni. Takpelah, patah tumbuh hilang berganti. Stok tuk dijadikan pakwe banyak je. Pilih je mana satu.

Dah la awak, saya dah boleh agak awak nak cakap apa. Thats why saya deactivate FB tu cepat-cepat. Saya tak sanggup nak nangis dalam bilik kat kolej saya ni. Saya dari dulu lagi dah boleh agak, kita takkan dapat bersama. Awak dengan perangai degil+perangai anak bongsu, saya dengan perangai keras kepala+tak matang saya. saya penat asyik kena mengalah. Akhir-akhir ni saya tak tahu sama ada saya yang berubah atau awak. atau dua-dua!



Saya mintak maaf.

2 June 2013

Ulek Mayang - Ella



Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala