Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

Daisypath Happy Birthday tickers

26 April 2013

Kekasih Gelap ?


Ku mencintaimu, lebih dari apapun 

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu 
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku 
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...


Alamak, kekasih gelap ? 

Kekasih gelap bermaksud mempunyai kekasih tanpa diketahui orang lain, mahupun kekasih yang telah sedia ada ! Kejamnya mempermainkan perasan kekasih yang telah sedia ada !


Anis banyak pengalaman mengenai kekasih gelap dan Anis sendiri pernah terlibat dan tergolong dalam memiliki kekasih gelap dan menjadi kekasih gelap orang. Di zaman persekolahan, Anis mula mengenal erti cinta monyet. 


Anis mula bercinta dengan seorang jejaka, namanya N. N tua setahun daripada Anis dan kami satu sekolah sering bertemu dan terserempak membuatkan kami bertukar nombor telefon. Masa tu Anis form 2 dan dia form 3. Hampir setahun kami bercinta, then Anis baru tahu yang N mempunyai kekasih lain, juga satu sekolah dan sama umur dengan Anis. Masa tu Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya hati. Dan bermula daripada itu, Anis mula sosial. Berkenalan dengan Jejaka A, terus couple. Dan berterusan sehingga Anis mempunya berbelas teman lelaki. Masa tu, top up tak perlulah ditanya berapa banyak yang habis, mujurlah ada beberapa di antara mereka yang support top up Anis.


Dan, PMR semakin menghampiri, parents mengambil tindakan bijak dengan merampas henfon Anis masa tu. Mula-mula tu Anis rasa Anis dah gila without henfon, sampai termimpi-mimpi henfon Anis takde. Dan kenakalan dan kesosialan Anis waktu tu memberi effect kepada result PMR yang terlalu teruk berbanding adik beradik Anis. 


Masuk je Form 5, Anis berkenalan dengan seorang lagi jejaka, namanya J. Kami bercinta hampir setahun. Dia terlalu baik. Sangat memahami. Suatu hari, J berterus terang bahawa dia sebenarnya tempang kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Kakinya terpaksa dimasukkan besi. Sewaktu itu, Anis mula berbelah bahagi untuk terus bersamanya ataupun tidak. Anis  tidak sampai hati untuk melukakannya, kerana cintanya terlalu tulus, dia terlalu setia. 20 November 2012 dia akan operation. Untuk menyambung kembali sarafnya yang telah putus untuk membolehkan J berjalan seperti orang normal. Tapi sebelum J memberitahu dia akan menjalani operation, Anis berhubungan sulit dengan seorang jejaka, namanya K. K ni mempunyai satu persatuan dan Anis tak boleh menghebahkannya kerana boleh mengancam keselamatan Anis. Mempunyai pangkat tinggi dalam persatuan tu. Dia baik, dia tanggung top up Anis. Dan dia selalu call Anis. K terlalu mengambil berat, dan pandai ambil hati. Anis senang dengan K. Tapi kami putus sebelum Anis putus dengan J. Masa tu Anis baru je habis SPM. Masa tu Anis perasan, K dah tak call lagi dah, tak mesej. Sangat pelik dan aneh. Then dia pun bagitahu yang dia sayangkan Anis sangat-sangat, tapi his mum dah pun tunangkan dia dengan sorang girl ni. Dia terpaksa sebab dia anak bongsu yang belum lagi kahwin. And Anis tak tau nak kata apa, hancur hati bila orang yang kita sayang, terpaksa kahwin dengan orang lain. Then, Anis clash dengan J, Anis yang mintak. Kejamnya Anis. Sangat. Kadang-kadang rasa bersalah sebab Anis clash sehari sebelum dia operate. On 26 Disember 2012 our first Anniversary. Masa tu Anis tak tau kenapa Anis rasa benci sangat tarikh tu. Lepas je dia operation, dia ada call Anis. Dia marah Anis, dia ugut Anis, nak cari Anis one day. Masa tu Anis cakap kat dia carilah saya tak takut padahal dalam hati Tuhan je tau. Tapi Anis tak takut sangat sebab abang angkat Anis selalu protect Anis. 


Mengakhiri Disember 2012, Anis berkenalan dengan seorang Jejaka, namanya S. Which is BF Anis sekarang. Dan tak sampai beberapa minggu, kitorang gaduh. Masa tu Anis kritikal, ponteng kuliah, bad mood, migrain and what so ever. Teruk jugak masa tu. Tak silap hampir 2 minggu kami gaduh tak message, tak call. Then, on 26 Januari 2013, kami sahkan tarikh tu sebagai pasangan kekasih.


Anis bukan lagi Playgirl yang pernah mempermainkan perasaan berbelas dan mungkin berpuluh orang jejaka yang disebut dan juga tidak disebut dalam kisah ini.


Jadi di sini, sebenarnya Anis ingin menyatakan bahawa setiap perhubungan yang berteraskan kepercayaan dan kesetiaan lebih indah berbanding hidup dalam penipuan dengan adanya KEKASIH GELAP.


Dear Mr S, saya minta maaf seandainya awak membaca entri ni, dan inilah saya suatu ketika dahulu. Berapa ramai pun kawan lelaki, awak tetap MY ONLY ONE . Sayang awak, Cuk !




Biarkan Ia Berlalu

Berjumpa lagi kita setelah err jap-jap .. CUT ! ( Ni bulan April. Last update Februari. Februari ke Mac, sebulan. Mac ke April, dua bulan ) Haa ! .. ( sambung balik ) setelah dua bulan Anis menghilangkan diri. Menghilangkan diri bukan bermakna sudah melupakan, aduh bermadah pujangga pulak di sini ye. Anis bukan bersuka hati bersenang lenang menghilangkan diri sebegitu sahaja. Tapi, Anis baru je menghabiskan semester 2 di UiTMKT. Sekarang ni tengah menikmati cuti semester selama dua bulan rasanya. Plus minus cenggitu ler.

Rujuk kepada post yang lepas, Anis ada bagitau yang Anis join aktivit yang dianjurkan dalam KC4U tu kan ? Memang ada dua aktiviti yang Anis nak join sangat-sangat and Anis rasa boleh menang, ( yakin pada diri ! Oyeah ! ) tetapi Anis hanya mampu menyiapkan satu je, which is the Doodle. Ni yang Anis telah lukis pabila merujuk kepada gambar-gambar yang telah Anis mintak izin daripada Pak Cik Google untuk men-download gambar-gambar tu. Dan terhasillah sebuah karya hasil nukilan Anis Azman yang comel ini. (Klik nama tu untuk ke account Twitter. )


Buat benda ni sampai bersengkang kera, eh silap pulak. ...bersengkang mata, tak tidur malam sanggup mengorbankan jiwa dan raga hati dan nurani untuk siapkan benda nih. Paling challenging time nk lukis kecik-kecik tu. Kalau readers perasan, sebenarnya benda ni tak jadi pun. Tapi alhamdulillah dapat jugak siapkan. Dan berbaloi la Anis buat benda ni sampai tak tidur malam, sebab ....


ni la hadiahnya.

Kabur la pulak. Gambar dari henpon, biasalah henpon murah. Tapi nampak tak gold medal ngan nombor 1 tuh ? Hehehe ( bukan nak bangga nak riak je c(: )

Dan disebabkan tidur yang tidak mencukupi, maka Kad Gergasi tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang diberikan. Nasib la badan. Sob-sob-sob ...

Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1:43 am waktu Malaysia, Anis ingin meng-publish dahulu dan menyambung main game. Ehh, sape cakap nak off, cuti-cuti kena luangkan masa sebaik-baiknya ! Daaa



11 February 2013

Berhabukkk Uhuk Uhuk

Astaghfirullahalazim..

Dah lama bebenor AA tak update. Ni baru dapat update, dengan laptop baru. Hihihi.. 

Last update on Nov 2012 ??? Hari ni dah 11 Feb 2013. Dah berbulan-bulan. Apa nak jadi ni ? Actually agak sibuk sebenarnya, ni pun disebabkan cuti Tahun Baru Cina seminggu.

Di kesempatan ini, Gong Xi Fa Cai :D

Ehh nak tau tak ? Kolej aka Hostel AA akan menganjurkan KC4U (Kolej Kerawang For You ) kot. karnival gitu la lebih kurang. And banyak la aktiviti yang akan diadakan. Nak dijadikan cerita, AA rapat dengan seorang JPK ni. JPK ni kiranya macam orang penting kolej la, kalau ada masalah kolej boleh berurusan dengan mereka-mereka ni.

Dan, Kak Musaybah ni invite AA join program dia, ada dua yang AA berminat, Pertandingan Kad Gergasi dan jugak Pertandingan Reka Cipta Kreatif kot tajuk dia. HAHA ! Lupa laa.. Sekarang ni duk sibuk survey design kad dengan pikir nak buat apa tuk reka cipta kreatif tu. Any idea ? Just komen kat bawah. Thanks for your cooperation :D

Assalam.