Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

4 November 2012

Rahsia di Sebalik Tubuh Badan


Kalau sebelum ni anda hanya tahu maksud disebalik tarikh lahir korang, apa kata korang cuba lihat maksud disebalik tubuh badan anda pula. Harap sedikit sebanyak mampu memberi halatuju kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya.



1. Cuba hembus nafas dari mulut ke hidung kemudian pada masa yang sama bernafas menggunakan nafas dari mulut tadi.. Kalau anda boleh sedut balik nafas tu, anda boleh hidup melebihi 100 tahun.

2. Kalau anda boleh tepuk kedua tapak kaki anda sehingga menghasilkan bunyi seperti anda tepuk tangan, anda akan hidup senang selepas berumur 40 tahun.

3. Cuba petik jari di telinga sebelah kanan. Jika anda mampu untuk mendengar bunyi petikan jari disebelah telinga kiri sama seperti di telinga kanan, anda dikategorikan sebagai orang genius.



4. Cuba senyum. Jika senyuman anda memperlihatkan gigi anda, maka anda akan memerlukan gigi palsu diusia yang lebih muda

5. Dengar anda bernafas. Sekiranya ketika anda menarik nafas anda ada mendengar sebarang bunyi, anda akan dimadukan (perempuan)/ berkahwin lebih daripada satu (lelaki)

6. Lihat jari anda. Sekiranya ibu jari tangan kiri dan tangan kanan anda tidak sama panjang, maka anda tidak akan meninggalkan harta untuk keturunan anda lepas meninggal.

7. Cuba bersiul. Jika ketika anda bersiul, anda tak dapat rasa nafas keluar daripada mulut anda, maka anda didampingi oleh saka keturunan anda.

8. Rasa sekitar ketiak anda sama ada berpeluh atau tidak. Sekiranya berpeluh, ini bermakna anda akan mati dalam keadaan sedih dan kecewa.

9. Cuba lihat kuku anda. Sekiranya terdapat tanda putih pada kuku anda, ini bermakna anda akan menjadi seorang jutawan suatu hari nanti.

10. Cuba lihat lubang hidung anda. Sekiranya lubang hidung disebelah kanan lebih besar daripada disebelah kiri, anda akan menjadi orang gila.

11. Cuba rasa degup jantung anda sekarang ini. Sekiranya masih berdegup, ini bermakna anda masih hidup. Kemudian tutup mata anda dan katakan dengan tenang dan tawaduk, " Aku telah ditipu oleh Anis Azman  ghupenya". Anda ni kelakar la....Buat mende pelik-pelik jer...


No comments:

Post a Comment