Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

Daisypath Happy Birthday tickers

11 May 2012

KPLSPM 2012


Tadi Bonda call Anis bagitau yang ada mesej sampai, pasal tawaran PTPTN tu apa ntah, tak baca sangat tadi. Lepas tu bonda tanya bila keluar keputusan temuduga IPG tu. Oh ya ! Anis dapat tawaran temuduga IPG. Mungkin Anis sorang je kut yang dapat kat sekolah Anis ni sebab tanya orang lain ramai cakap tak dapat. Huhu T-T

Ni yang masa check sama ada dapat ke tak :


Lepas tu pergi la interview tu kan, 9 Mei 2012.
Tak banyak persediaan yang dibuat. Beli buku yang Medsi tu, tapi sebijik habuk pun takde dia tanya pasal yang Pendidikan tu. Dia tanya pendapat pasal muzik je. Yang first tuh, ujian INSAK. Alhamdulillah dapat jawab kesemua 135 soalan dalam masa 20 minit. Masa sebenar 30 minit. Berdebar jugak masa tu sebab kawan Anis, anak cikgu Noorhayati tu, dia cakap dia dapat jawab 90 soalan je . Alhamdulillah . 

Lepas siap INSAK tu , dia buat grouping. Pasal sukan kat sekolah. Boleh lah yang tu. Tapi agak susah, sebab dia just bagi sehelai kertas soalan then tak boleh conteng. Kita kena berhujah. So nak sokong pendapat kawan lagi, nak fikir idea kita lagi . Agak susah . Lain la kalau boleh conteng . Masa tu agak tergugat sebab diorang tuh macam geng-geng PIDATO....

Lepas selesai grouping tu, dia suruh keluar. Then untuk individual pulak, boleh la . Mula-mula tu ketuk pintu, bagi salam lepas tu dia suruh duduk. Then dia cakap, sila perkenalkan diri anda in ENGLISH . Please introduce yourself. Can you speak english ? Anis ni dah la tak pandai English . Malang betul. Masa tu Anis cakap just a little bit . Tak tau la betul ke tak . HAHA ! Lantak la .

Then cerita-cerita tu, dalam 5 minit je kut . Dia tanya pulak pasal muzik kat sekolah ni. Dia tanya kenapa pilih cikgu, kenapa pilih muzik. So dapat jawab la yang tu .

Okay tutup pasal tu, tadi Anis ada cari yang keputusan temuduga tu . Tengok jadual bawah ni 

|
|
|
v


Klik lah kalau tak nampak.
Setakat ini dulu, nak stop. Penat sangat ni .
Babaiii !




Apa Pun Tak Boleh (APTB )


Post title di atas tiada kena mengena dengan yang hidup, mati, tengah sakit ke. Tiada kena mengena okay. 

Dah lama betul tak update blog . Semalam baru start ubah mana-mana. Banyak jugak yang Anis ubah . Header tu, penat tau nak buat tu. Menyampah betul. Dah taknak buat lagi dah . Penat penat ! Lepas tu tukar font, color dia . Hehehe . Tema kali ni Purple and Pink ! So nice kan ? Anis tak minat Pink sebenarnya, tapi tak tau warna apa lagi yang match dengan Purple . Like Purple ! :D <3

Dan, no idea more . Sebabnya takde mood lah . Entah ke mana, dari pukul 9.30 pagi tadi lagi online Facebook, sampai sekarang belum out. Memang jahanam la mata ku ... T_T

dari mata ku yang cantik 

|
|
|
v



kepada 


|
|
|
v






25 April 2012

Design Banner


Selamat petang guys ! Tadi kan, Comot design banner . Haha ! Kelakar betul tapi tak sangka menjadi sebab first time buat .Omegod ! Masih tak percaya !  Hehehe , setelah setengah jam, inilah hasilnya !



Penat jugak buat banner nih . Kena buat satu-satu, slow-slow. Penat Penat ! Sekarang Comot nak tidur ! Errm bukan ! Nak main kut ? Buat apa-apa jelah, asalkan bukan mengadap screen benda alah nih .

Apa ? HAHA ! Tau la. Tiba-tiba ada buaian kat sawah padi kan ? Kihkih. Actually gambar tuh Comot tengah layan sepupu-sepupu yang kecik-kecik lagi main kat playground. :D

Babaiiiz !