Tadi Bonda call Anis bagitau yang ada mesej sampai, pasal tawaran PTPTN tu apa ntah, tak baca sangat tadi. Lepas tu bonda tanya bila keluar keputusan temuduga IPG tu. Oh ya ! Anis dapat tawaran temuduga IPG. Mungkin Anis sorang je kut yang dapat kat sekolah Anis ni sebab tanya orang lain ramai cakap tak dapat. Huhu T-T
Ni yang masa check sama ada dapat ke tak :
Lepas tu pergi la interview tu kan, 9 Mei 2012.
Tak banyak persediaan yang dibuat. Beli buku yang Medsi tu, tapi sebijik habuk pun takde dia tanya pasal yang Pendidikan tu. Dia tanya pendapat pasal muzik je. Yang first tuh, ujian INSAK. Alhamdulillah dapat jawab kesemua 135 soalan dalam masa 20 minit. Masa sebenar 30 minit. Berdebar jugak masa tu sebab kawan Anis, anak cikgu Noorhayati tu, dia cakap dia dapat jawab 90 soalan je . Alhamdulillah .
Lepas siap INSAK tu , dia buat grouping. Pasal sukan kat sekolah. Boleh lah yang tu. Tapi agak susah, sebab dia just bagi sehelai kertas soalan then tak boleh conteng. Kita kena berhujah. So nak sokong pendapat kawan lagi, nak fikir idea kita lagi . Agak susah . Lain la kalau boleh conteng . Masa tu agak tergugat sebab diorang tuh macam geng-geng PIDATO....
Lepas selesai grouping tu, dia suruh keluar. Then untuk individual pulak, boleh la . Mula-mula tu ketuk pintu, bagi salam lepas tu dia suruh duduk. Then dia cakap, sila perkenalkan diri anda in ENGLISH . Please introduce yourself. Can you speak english ? Anis ni dah la tak pandai English . Malang betul. Masa tu Anis cakap just a little bit . Tak tau la betul ke tak . HAHA ! Lantak la .
Then cerita-cerita tu, dalam 5 minit je kut . Dia tanya pulak pasal muzik kat sekolah ni. Dia tanya kenapa pilih cikgu, kenapa pilih muzik. So dapat jawab la yang tu .
Okay tutup pasal tu, tadi Anis ada cari yang keputusan temuduga tu . Tengok jadual bawah ni
|
|
|
v
Klik lah kalau tak nampak.
Setakat ini dulu, nak stop. Penat sangat ni .
Babaiii !
No comments:
Post a Comment