Broken heart
Setelah masuk sem baru ni, aku makin bertambah-tambah sibuk. Sem ni pulak short sem. Semua program/aktiviti kat kolej+kampus bertindih-tindih. Terkejar-kejar semuanya. Dengan test, quiz, presentation. Raya lagi. Ahh tension !
Student lifestyle normal macam ni ke ? Ke aku yang busy melampau ? Hari ni rasa semua tak kena. Pagi tadi kelas LAW @ 8am. Then continues ngan Test 1 MGT @ 11am. Sambung lagi dengan kelas MAF @ 3.15pm and Kokurikulum at 5pm. Tapi kelas MAF je aku pegi harini. LAW, aku tak terbangun tido. Gatal chat sampai pukul 5pagi. Then pukul 10 tu aku pegi UK ( Unit Kesihatan ) mintak MC alasan sakit perut cirit. Lepas daripada tu terus dapat cash Tuhan balas. Sakit perut betul-betul. Gasak !
Masuk kampus dlm pukul 11, aku masuk kampus sat, janji dengan sir Amri nak serahkan resit perbelanjaan Event PingPong haritu. Pegi HEP, dua kali aku tekan loceng, takde sape layan. Yang staff pompuan tu tengok aku 2kali tapi dia buat derk. Aku dah lah sakit perut boleh pulak dia ignore je aku kat depan tuh. Bagus sangat la kerja macam tu, nanti kat akhirat, puan jawab la dengan Allah sebab menganiayai orang sakit macam aku and tidak menjalankan tugas dengan baik. Aku pun pelik lah, kalau staff lelaki kena layan customer/student pompuan je eh ? Kalau staff pompuan pulak kena layan customer/student laki je eh ? Macam mana nak jaga batas pergaulan kalau dah memang menggatal macam tu. Ko ingat ni disco ke nak campur laki pompuan ? Kat hospital gah pun boleh pilih nak doctor laki ke pompuan. Sorry la angin sikit.
Settle hal HEP, pergi MEDEC, hajatnya nak fotostet tapi beratur panjang la pulak. Cancel, terus pergi jumpa lecturer. Siap jumpa lecturer balik bilik study sikit, pastu online pastu mandi. Masuk kampus semua tu aku tak mandi lagi sebenarnya :P
Bukan aku tak perasan, akhir-akhir ni hubungan aku ngan BF aku agak renggang. Kesnya dia nak jumpa aku, then aku kena p sana. Aku dah lah tengah sibuk ngan test, program-program under Kelab lagi. Aku ni mana la ada transport nak pegi jauh-jauh. at least dia ada motor dia, and dah biasa datang tempat aku. Tipu la kalau aku cakap aku ni langsung tak sedih. Punya aku pertahankan, tapi last2 jadi macam ni. Takpelah, patah tumbuh hilang berganti. Stok tuk dijadikan pakwe banyak je. Pilih je mana satu.
Dah la awak, saya dah boleh agak awak nak cakap apa. Thats why saya deactivate FB tu cepat-cepat. Saya tak sanggup nak nangis dalam bilik kat kolej saya ni. Saya dari dulu lagi dah boleh agak, kita takkan dapat bersama. Awak dengan perangai degil+perangai anak bongsu, saya dengan perangai keras kepala+tak matang saya. saya penat asyik kena mengalah. Akhir-akhir ni saya tak tahu sama ada saya yang berubah atau awak. atau dua-dua!
Saya mintak maaf.
No comments:
Post a Comment