Kalau
sebelum ni anda hanya tahu maksud disebalik tarikh lahir korang, apa kata
korang cuba lihat maksud disebalik tubuh badan anda pula. Harap sedikit
sebanyak mampu memberi halatuju kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya.
1. Cuba
hembus nafas dari mulut ke hidung kemudian pada masa yang sama bernafas
menggunakan nafas dari mulut tadi.. Kalau anda boleh sedut balik nafas tu, anda
boleh hidup melebihi 100 tahun.
2. Kalau
anda boleh tepuk kedua tapak kaki anda sehingga menghasilkan bunyi seperti anda
tepuk tangan, anda akan hidup senang selepas berumur 40 tahun.
3. Cuba
petik jari di telinga sebelah kanan. Jika anda mampu untuk mendengar bunyi
petikan jari disebelah telinga kiri sama seperti di telinga kanan, anda
dikategorikan sebagai orang genius.
4. Cuba
senyum. Jika senyuman anda memperlihatkan gigi anda, maka anda akan memerlukan
gigi palsu diusia yang lebih muda
5.
Dengar anda bernafas. Sekiranya ketika anda menarik nafas anda ada mendengar
sebarang bunyi, anda akan dimadukan (perempuan)/ berkahwin lebih daripada satu
(lelaki)
6. Lihat
jari anda. Sekiranya ibu jari tangan kiri dan tangan kanan anda tidak sama panjang,
maka anda tidak akan meninggalkan harta untuk keturunan anda lepas meninggal.
7. Cuba
bersiul. Jika ketika anda bersiul, anda tak dapat rasa nafas keluar daripada
mulut anda, maka anda didampingi oleh saka keturunan anda.
8. Rasa
sekitar ketiak anda sama ada berpeluh atau tidak. Sekiranya berpeluh, ini
bermakna anda akan mati dalam keadaan sedih dan kecewa.
9. Cuba
lihat kuku anda. Sekiranya terdapat tanda putih pada kuku anda, ini bermakna
anda akan menjadi seorang jutawan suatu hari nanti.
10. Cuba
lihat lubang hidung anda. Sekiranya lubang hidung disebelah kanan lebih besar
daripada disebelah kiri, anda akan menjadi orang gila.
11. Cuba
rasa degup jantung anda sekarang ini. Sekiranya masih berdegup, ini bermakna
anda masih hidup. Kemudian tutup mata anda dan katakan dengan tenang dan
tawaduk, " Aku telah ditipu oleh Anis Azman ghupenya". Anda ni kelakar la....Buat
mende pelik-pelik jer...
No comments:
Post a Comment