Followers

Tinggalkan Jejak Anda !

Daisypath Happy Birthday tickers

30 October 2012

Tutorial Ubah Warna Highlight

Selamat tengah hari , eh ke dah petang ni ? Azan Zohor baru sahaja berkumandang. Apa nak buat ye ? Tiba-tiba rasa rajin pulak Anis nak buat tutorial. Jum tengok tutorial apa kali ni !

Default highlight
Dah bosan tengok highlight camtu ? Nak tukar warna lain ? Nak buat macam Anis punye ? 

Nak jadi macam ni ?

Jom bace lagi, Anis nak ajar korang tukar warna highlight ni kepada warna yang korang suka :D

Memandangkan rupabentuk Blogger dah jadi baru, Anis rasa baik Anis tunjuk satu-satu lah kan ?


1. Ni kan Dashboard > Template > Edit HTML (Tgk 2 gambar kat bawah )




2. Ape lagi, bermula episod mencari harta karun. Err, tersilap pulak. Harta karun amende nye kat sini kan. Episod Meng-coding. 

i) Cari benda ni : ( Taktau nakcari ? Sila ke COMOT

a:link {

ii) Dah jumpa ? Copy pulak code kat bawah ni, then pastekan SEBELUM code yang pertama tadi tu. 

::-moz-selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}
::selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}

Then dia akan jadi macam ni :

klik kalau tak nampak

# ATTENTION ! Tutorial ini hanya untuk browser Mozilla Firefox dan Google Chrome SAHAJA !

** Yang code kuning merah dan purple tu boleh lah ditukarkan kepada code warna yang korang suka. Please click COMOT untuk pilihan warna :D

* Kuning merah untuk background,
* Purple untuk color font.
Selamat mencuba ! Kalau menjadi sila lah credit untuk Anis okay ! (:
Jangan lupa leave your comment !


Bye !

6 October 2012

My Birthday !

Happy Birthday to me,
Happy Birthday to me,
Happy Birthday to Anis Nadzirah Azman,
Happy Birthday to me.

Allah selamatkan aku,
Allah selamatkan aku,
Allah selamatkan Anis Nadzirah Azman,
Allah selamatkan aku.



Pinjam Pakcik Google punye gambar. 

Tadi orang yang pertama post dekat wall, is kakak yang kejam, cik puan Syonen aka Monster !
Orang pertama message dekat number 014 tuh, my comel-est sister, cik puan Intan Nabila.
Orang yang pertama call dekat number 014 tu, my adopter brother, incik qayyum comel aka beruang comel :D

my hubby orang yang kedua mesej dekat number 014 tu. Never mind lorh.
Dah 3am, Offline Facebook and say Hi to katil.

tido sorang2 macam ni la.. :)

Takpun gambar ni :




Kan best kalau tido ada peneman macam gambar bawah ni :

Seksi si kit jea.. Sweet kan ? Bile nak kawen ni.. err...





Puding Marble

Bahan-bahan (5 orang)

- 1 liter air
- 10g agar-agar
- 250g gula
- 2 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara :

1. Masak air bersama agar-agar dan gula sehingga larut.

2. Masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air, masak hingga mendidih.

3. Bahagikan adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko bersama salah satu adunan tersebut.

4. Dalam acuan, tuang adunan berselang seli untuk dapatkan corak.

5. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba !

Puding Roti Berkismis

Bahan-bahan (4-8 orang)

- 500ml susu segar
- 8 keping roti
- 4 sudu besar gula halus
- 4 sudu besar butter
- 2 biji telur
- 1 penutup esen vanila
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar kismis

Cara-cara :

1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.

2. Gaul rata gula halus, butter, telur, esen vanila, dan tepung jagung dan masukkan ke dalam loyang.

3. Taburkan kismis di atas adunan tadi. ( Lagi banyak kismis lagi sedap )

4. Bakar pada suhu 180 degree selama 30 minit / sehingga masak

5. Enak dimakan bersama aiskrim vanilla.



Selamat mencuba !

5 October 2012

Sekapur Sireh

Assalamualaikum wbt,

pertama sekali, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH swt, kerana aku masih mengingati blog aku, password serta emelnya sekali. Walaupun berhabuk tebal 100inci, namun, ku tetap berusaha membersihkannya.

Kedua sekali, aku ingin berterima kasih kepada mereka-II yang sering mengadu akan ketidak-update-an blog yang tersayang. Kadang-II cerita tu baaaaaanyakk sangat. Tapi kadang-II masa tak mengizinkan. Yeke ? Kadang-II malas pun ada.

Ketiga sekali, aku bersyukur sangat sebab aku dah siap tukar background, and banner aku, text font, size and sewaktu dengannya. Cuma widget nya masih sama kerana tiada ke-idea-an untuk menambah apa lagi, bukan apa AA takut blog berat je. Hihih

Jap-III.. Sejak bila nickname aku jadi AA nie ? Boleh la,,, Anis Azman. Kann ? Ahaks.

Keempat sekali, err aku rasa dah takde kut ? Banyak cerita ni.. Nanti lepas maghrib sambung ye ? Maaf post ni takde label. Harap maklum :D

# Dah macam SEKAPUR SIREH pum... heee