Alkisahnya bermula mengenai seorang doktor yang on call di sebuah hospital.
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus ke blok pembedahan. Dia mendapati bapa kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan itu sedang berdiri menunggunya. Apabila si bapa tadi melihat doktor itu, terus dia berteriak.
" Kenapa kamu mengambil masa yang lama untuk datana ? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni ? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke ?"
Doktor itu tersenyum lalu berkata
"Saya minta maaf. Saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu. Dan sekarang saya harap encik bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya."
"Bertenang kamu kata ?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang ni, bolehkah kamu bertenang ? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat ?" Kata si bapa dengan marah.
Doktor itu tersenyum lalu berkata lagi
"Saya akan berkata bahawa Allah telah berfirman dalam kitabNya yang suci, daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Doktor tak mampu memanjangkan hayat seseorang. InsyaAllah kami cuba yang terbaik untuk anak encik."
" Memberi nasihat bila kita tak mengalami memang senang !" Gumam si bapa.
Lalu pembedahan itu dijalankan dan memakan masa selama beberapa jam. Tidak lama kemudian, doktor itu keluar dengan gembira.
" Alhamdulillah. Anak encik selamat !"
Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si bapa itu.
" Kalau encik ada soalan sila bertanya pada jururawat. "
" Kenapa doktor tu sombong sangat ? Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat bertanya beberapa soalan tentang anak saya ? " Komen si ayah selepas melihat jururawat.
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya
" Anaknya meninggal semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik. Dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya. "
- Never judge anyone because you never know how their life is and what they're going through -
No comments:
Post a Comment