Tarikh keramat 21 Mac 2011 merupakan hari yang amat mendebarkan kepada kami, iaitu calon-calon SPM 2011. Comot dengan best friend Comot, Ain, dah janji, Comot pergi dengan dia kat sekolah untuk ambil result nanti. Siap message, call, chat lagi.
Pagi tu, bangun macam biasa pukul 6. Pergi solat Subuh, berdoa banyak-banyak. Solat hajat. Mintak dipermudahkan segala urusan untuk hari ni. Mintak dikuatkan semangat.
Jam 07:30 dah online, tapi hari Ahad sampai Khamis memang time-time macam tu la online. Lepas tu message Ain suruh online, bimbang bil melambung naik. Sambil-sambil chat dengan Ain, sambil baca status kawan-kawan yang nak ambil result, sambil iron baju kurung and tudung. Lepas tu, pergi cuci pinggan dalam sinki, kuali, semua la sebab Bonda buat sarapan pagi tu. Mi goreng campur sotong . Lepas tu makan la 2,3 sudu. Lepas tu pergi mandi, then siap-siap. Tudung pulak buat hal taknak kemas. Ain dah message dia dah on the way. Alamak ! Ah ! Tak cantik pun takpe lah, bukan naik pentas pun. Kan ?
Err .. abaikan peluh di dahi . |
Tunggu Ain sampai, then off computer, kunci pintu, pakai selipar jepun atau Cikgu Zaryati kata selipar jamban, and pergi la kat sekolah dengan abang Ain. Abang Ain just hantar kami je. Bonda tak dapat keluar sebab dia ada kelas straight sampai pukul 12. Ayahanda pulak ada meeting. So, diorang cadang suruh pergi lepas balik sekolah, means dalam pukul 1 sebab kakak-kakak Comot dulu pun ambil lewat. Disebabkan dah janji dengan kawan kan, so kena pergi awal jugak la.
Sampai je kat depan sekolah, fuhh gila ! Dah ramai orang kat bus stop tu . Masa tu tak sampai jam 10:30 lagi. Takpelah, buat derk je. Masuk, pergi hantar buku yang pinjam time form 5 dulu. Mula-mula pergi kat bilik guru Sains Maths, nasib baik Teacher Kalima ( teacher Sains Tambahan ) takde, tapi Teacher Shwiah ada. Dia tanya result, so cakap la tak ambil lagi. Pastu berbalas-balas senyuman. Dia memang cantik ! Then pergi pulak kat bilik guru utama. Blok lain-lain. Letih jalan-jalan tau. Sebab biasa duk lepak dalam rumah je, mana nak jalan jauh-jauh. Melintasi bilik Ketua Bidang, ada Cikgu Kamaruddin ( Cikgu Sains ) depan kitorang. Dia sengih-sengih, kami berdebar. Taknak tanya apa-apa. Sampai bilik guru, Teacher Alita ( Teacher Prinsip Akaun ) takde, letak buku and nampak Teacher Rohaida. Pergi la salam dulu, then borak-borak kejap. Lepas tu ex-student kelas dia datang jumpa dia. Yang sorang tu, Hanis, kawan Comot jugak, dia dah tau result dia sebab ada cikgu yang bagitau. Comot dengan Ain yang dengar ni, agak berdebar terus mintak izin dengan teacher cakap nak jumpa kawan.
Lepas tu, keluar je dari bilik guru, terserempak dengan Teacher Alita. Dia senyum melebar ! Muka happy gila ! Lagipun dia cantik, lagi bertambah cantik ! Dia gelak-gelak, dia cakap ramai kelas kitorang dapat A paper account. Then dia cakap Ain dapat A. Ain kiranya bolehlah paper akaun nie, Comot tak minat akaun. So redha je lah dapat apa kan ? Memang Comot tak target dapat A pun. Target lulus je, sebab exam biasa pun FAILED ! Lepas tu teacher cari nama Comot, dia cakap " Anis pun dapat A ! " . Comot punya la terkejut rasa nak melompat kat situ je . Then terus amik handphone, call Bonda. Bonda cakap alhamdulillah, nanti dah tau result call lah dia. Comot cakap okay. Ain pun call Mama dia. Mama dia ada kat KL, nenek saudara dia sakit. Sangat excited la kitorang masa tu. Comot cakap dalam hati, 'alah baru 1A, mungkin aku dapat 2,3 je kut ? hmm ... Redha je la . Aku pun target 5 je . Trial pun dapat 1A, tu pun semua gred ada. Ah redha je la.'
Pastu kitorang pergi kat koperasi sekolah, kononnya nak beli tisu, lepas tu ada adik Wan, iaitu adik kepada Azim, kira best friend Comot jugak la. Sebab kitorang salu gaduh kut dalam kelas, and sering dipanggil scandal sebab biasanya kat mana ada Comot, kat situ ada dia. Study pun sama-sama. Dalam kelas dia duk sebelah Comot. Balik kepada cerita, adik Wan tu baby lagi, dalam setahun baru kut ? Pipi dia besarr.. ! Comel sangatt ! Macam mama dia .
Tadaa ! Comel kan kan kan ?
Main-main dengan baby kejap, lepas tu pergi kat dewan, tak jadi nak beli tisu. Bukan tak jadi, lupa ! HAHA ! Sampai kat dewan, orang tak ramai lagi masa tu, nampak Nazmi, dia tegur. Then masuk dewan nampak Azim. Senyum dulu. Lepas tu ada Cikgu Zaryati ( Cikgu Maths ), pergi salam dia dulu then borak-borak kejap, pergi salam kat mama Azim. Lepas tu kat belakang Azim tu ada Sha ( classmate ) dengan kakak dia. Salam dengan kakak dia. Lepas tu, Ustazah Rafiah ( Ustazah Pendidikan Islam/ Form teacher ) pun masuk dewan, kami-kami pakat menyerbu beliau. Last-last dia suruh ambil file dulu. Dalam file tu ada sijil-sijil. Lepas tu kitorang duduk. Then borak-borak dulu, dua jam jugak lepak dalam dewan Fikri tuh. Kat-kat 12:30 baru start majlis. Ustazah cakap, dia akan kasi slip result yang dapat 5A, 6A, 7A, 8A, and straight A kat atas pentas dulu. So, Comot tak berharap dapat naik pentas. Then, majlis start, dan Tuan Pengetua, Encik Ruslan Awang berucap. Dia cakap target straight A 6 orang tapi dapat 4 orang je. Ada sorang student ambil 10 subjek, tapi dapat 9A. Kira dah okay lah tu kan ? Tamak betul dia tu . hihi . Yang dapat 8A berapa orang eh ? Lupa la pengetua cakap berapa. Yang dapat 7A ada 11 orang. 6A pun lupa berapa, 5A ada 25 orang. Dalam hati berdetik, ' aku termasuk ke tak dalam list tu ?'.
Disebabkan menganggap yang diri ini takkan berada di atas pentas, so tengah potpet dengan Ain. Tiba-tiba, " Anis Nadzirah binti Azman dari kelas 5 Ibnu Nafis." . Apa lagi terkejut beruk la Comot ni nama Comot diumumkan. Tapi sayang kelas lain. 5 Ibnu Nafis tu kelas SC 1. Ingat nak duduk balik, lepas tu MC tu cakap " Maaf, dari kelas 5 Ibnu Sina ". Nak duduk balik la sebab dalam kelas Nafis tu, ada sorang yang nama Anis. Dengan gumbiranya bangun melangkah ke pentas. Rasa nak pitam pun ada. Nak menangis pun ada. Cikgu Haji M.Nidzar ( PK1) dah tersenyum. Cikgu M.Nidzar ni kenal femli Comot, rapat dengan Ayahanda. Dengan rasa bangganya, dan bersama selipar jamban tu lah, Comot melangkah menerima slip dan ada envelope dengan apa ntah satu lagi, dari pengetua. Then masa nak turun tu, ada student ni dia tunjuk kat arah belakang, so pusing belakang, Comot tengok Cikgu M.Nidzar hulur envelope. Terjatuh. Hehe . Then duduk je, weh tengok slip. Tahniah. Wah bangga-bangga. Sebelum ni takde la rasa happy macam tu. Then ambil phone, call Bonda. Rasa nak terjerit. Tapi line masa tu tak okay, tak dengar suara Bonda. Then Bonda cakap dia akan call Ayahanda nanti. Lepas tu, Along call. Dia tanya dapat berapa sebab sebelum tu dah hampir sepuluh kali dia call tapi masa tu tak tau result lagi. Then message Angah. Lepas tu call Ayahanda. Jelas dan clear. HAHA ! Menangis tersedu-sedu kat situ. Then, sepupu Comot call, dia cakap tahniah.
Masa tu Ain dah berdebar, sebab yang dapat 5A tu dah nak habis, last-last ada jugak nama dia. Dapat jugak naik pentas. Dapat je dia terus call Mama dia. Dia nangis. Tak pernah Comot tengok dia nangis even dah 2 tahun lebih jadi best friend. Dia nampak happy sangat. Alhamdulillah kami berjaya. Lepas habis majlis tu, kitorang jumpa cikgu salam-salam, ucap terima kasih. Excited sangat-sangat. Tapi ada sorang lagi cikgu aku tak jumpa, Teacher Kalima. Kat mana dia ? Then Ayahanda call dia cakap dia dah ada kat luar. Masa tu Comot pun dah nak keluar. Sampai je depan Ayahanda, salam dan cium pipi, peluk Ayahanda. Nangis !
AKU BANGGA JADI ANAK ABAH . AKU DAH BUKTIKAN YANG AKU MAMPU .
Bonda cakap, perangai Comot ni sebijik dengan Ayahanda. Tu la hari bahagia aku. Ingat nak jumpa Cik Dah, makcik yang niaga depan sekolah. Rapat jugaklah dengan Cik Dah, anak dia pun sama umur dengan Comot tapi tak suka dia. Perasan and mulut perghh ! Yelah, orang kelas SC 1, mana boleh bercampur dengan budak-budak yang tak popular kan ? But, his mom very nice, and very friendly. Cik Dah cakap kat adik haritu, dia cakap dia rindu Comot. Oh, bahagianya hati. Nak jumpa Cik Dah lah hari Ahad nanti. Nanti ada taklimat, so boleh lah jumpa dulu.
Abaikan muka yang hodoh itu. |
with Ain. |